Tuesday 13 July 2021

Welcome back to blog, dearself

July 13, 2021 0 Comments

 Hye. Lama sangat aku menyepi dari dunia blog. Since start kerja dekat satu tempat terus tak update apa-apa dekat blog. Idea makin hilang but harap still yang membaca. Aku akan cuba untuk aktif balik dekat sini.

Actually, korang okey tak? How korang facing this pandemic? Mental healths korang okey tak?

Jujur aku cakap, ramai yang terkesan dengan pandemic ni sebenarnya. Dari segi pendapatan, kerja, kesihatan mental. Lain orang lain situasi. Mungkin apa yang korang lalui berbeza dengan apa yang aku lalui. Cuma aku harap korang kuat and sabar ye.

We went through this situation for more than a year. For this MCO 3.0, it rightly makes our lives disrupted and mental health as well. There are people who suffer of depression, panic attacks and if you look at cases of suicide attempts and suicide cases also occur. Astagfirullahalzim. Semoga kita dijauhi dari semua ini.

For panic attack, aku sendiri pernah alami around 2 weeks ago. Korang bayangkan, suddenly aku jadi seorang yang overthinking, aku berfikir akan sesuatu yang aku tak pasti whether it will happen or not. Aku jadi seorang paranoid. Suddenly, tangan aku shaking, aku berpeluh, jantung aku berdebar and 2 days aku punya tidur terganggu. Masa tu aku sedar, ini bukan diri aku yang sebenar. Before this aku boleh handle this situation.

This happen, when aku dapat tahu ada positive cases of Covid dekat kampung aku. Yang kena tu adalah 2 pupu aku. Korang bayangkan masa tu mental aku dah terganggu. Masa tu aku cakap " Ya ALLAH kau sembuhkanlah 2pupu aku, jauhi wabak tu dari familys member dia dan orang terdekat dia". 

This is not 1st for me untuk lalui keadaan ini. 2 months lepas mak cik aku sendiri positif Covid. She is one of frontliners dekat N.9. Masa ni semua buntu, tak tahu nak fikir. Alhamdulillah dia dah recover and back to work. 

Tapi untuk situasi yang triggered me to be a panic person, bila 2pupu aku tu positif covid. Masa ni, result RTK dia positif and dia bergejala. Dia terus dikuaratin kan di pusat kuaratin and semua family members dan rakan sekerja dia dikuaratin kan juga. After a few days, she do PCR punye test an alhamdulillah Negetif.

Yang buat aku triggered dengan ni bila circle aku  ada kes positif. After that, ada beberapa  kes positif baru. Kali ini betul-betul Allah uji kami penduduk kampung sini. Start from that day, aku sedar aku dah start panic. Sebab masa tu, aku ada jumpa dengan orang yang disahkan positif tapi jauh and bukan close contact. Cuma itulah aku punya  fikiran ni yang mengarut. Bukan aku sahaja, rakan sekerja pon sama.

And masa tu aku gelisah giler. And kawan ayah aku comfort kan aku. Bagi semangat. Alhamdulillah and start pada haritu aku banyak scroll and baca motivasi. And start the that day, aku always share current situation how frontliners handle this situation, situation dekat hospital, current angka positif covid. Aku share sebab nak bagi awareness dekat korang. Yang sebenarnya, situasi ni bukan main-main.

Aku scroll feeds Facebook, kebanyakkan naik post current situasi yang frontliners hadap. Aku nak tolong diorang semua tapi aku tak mampu. Aku mampu untuk bagi awareness je dan doa.

Aku harap korang faham. Cuba letak diri korang sebagai Frontliners tu. With fully PPE, aku tak nak describe lebih sebab aku tak mampu and aku akan sebak.

Kita kene kuat semua ye?

Jaga kesihatan, jaga kebersihan. Jangan over stress okey? Kesihatan mental pun kena jaga ye. If korang perlukan bantuan dari segi keperluan asas, sekarang dah banyak sediakan FOOD BANK. 

Jaga SOP. Keluar bila perlu dan ada urusan penting. 

Stay safe semua ...

Doakan kita mampu menang melawan Covid ni.. Malaysia pasti menang.


Aku sayang korang semua...



Monday 19 March 2018

#sharingsession : OSGOOD SCHLATTER DISEASE

March 19, 2018 0 Comments

20 March 2018 | Kemaman, Terengganu



Ialah keradangan (inflammation) pada tendon patella ( kepala lutut ).

Kesakitan ini akan mengganggu aktiviti harian anda. Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang aktif dengan aktiviti tangkas seperti berlari, melompat dan sebagainya.



💭 GEJALA DAN TANDA-TANDA SOGOOD SCHLATTER DISEASE
  •           Sakit pada lutut. Tahap kesakitan yang dialami oleh pesakit ini berbeza dari individu ke individu. Sebagai contoh, terdapat individu mengalami tahap kesakitan yang rendah ketika berjalan, naik atau turun tangga dan sebagainya. Ada juga yang mengalami tahap kesakitan yang berterusan dan ada juga individu yang mengalami kesakitan yang semakin teruk meskipun hanya melakukan kerja atai aktiviti yang ringan
  •       Ini kerana terdapat individu yang tahap sakitnyarendah ketika berjalan, naik atau turun tangga ataupun berlari dan ada juga individu yang tahap kesakitannya berterusan dan semakin teruk meski pun melakukan aktiviti ringan (berjalan kaki).
  •       Struktur tibial tuberosity yang kelihatan bengkak. struktur ini terletrak tepat dibawah patella. dimana tendon patella melekat pada struktur ini. 

-          



💥 DIAGNOSIS

Sakit dihasilkan dengan tengangkan otot quadriceps ( resisted quadriceps contraction ).  Doctor akan meminta pesakit untuk meluruskan lutunya semasa rintangan dikenakan kepadanya. Kesakitan akan dirasa oleh pesakit juga sekiranya tibial tuberosity disentuh. Apabila tendon itu meradang, kulit diatasnya kan kelihatan merah dan bengkak. Ini berkemungkinan, lutut menjadi tidak stabil.

Sekiranya, situasi menjadi lebih kronik (teruk), dimana saki itu berterusan, tibial tuberosity akan kelihatan lebih menonjol berikutan peningkatan pertumbuhan.  ( XRAY )


Tibial tuberosity kelihatan menonjol
XRAY menunjuk Osgood Schlatter Disease



💪 RAWATAN

Osgood Schlatter disease ini akan sembuh dengan sendiri. Gejala ini akn hilang apabila kemantangan fizikal dicapai. Ianya akan mengambil sedikit masa. Jadi, doktor akan prescribe ubat-ubatan dan merujuk kepada pakar fisioterapi.


💙 FISIOTERAPI

1-     Penggunaan ice pada kawasan yang bengkak dan sakit. Bertujuan untuk mengurangkan sakit, bengkak dan melancarkan peredaran darah. ( R - rest + I - ice + C - compression + E - elevation )
2-    Senaman rengangan ( stretching exercise ) untuk otot quadriceps dan hamstring. Bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada tendon patella.
3-    Senaman kekuatan ( strengthening exercise ) untuk memulihkan kekuatan otot dan kestabilan lutut.
4-    Tapping. Bertujuan mengurangkan ketengangan pada sisipan dengna memindahkan ketengangan ke tapping. Ianya dapat mengurangkan sakit.
5-    Rehat seketika daripada melakukan aktiviti lasak.



Knee support
Tapping

Patella support

Exercise



Monday 12 March 2018

#sharingsession : Bell Palsy

March 12, 2018 0 Comments
12 March 2018 | Kemaman, Terengganu
Assalamualaikum & selamat pagi sekmung 😍
Okey hari ni aku nak sahe sikit pasal "BELL PALSY" . Case ke-2 yang aku handle sepanjang aku kerja. Alhamdulillah banyak improvement yang aku nampak dari patients aku and ada dah discharge. Alhamdulillah. So boleh la bace ye.

👇👇👇👇👇

APA ITU “BELL PALSY”???
Kelumpuhan pada saraf muka yang acute. Bell palsy adalah kelemahan otot muka akibat keradangan saraf muka. Keradangan berkembang di sekitar saraf muka ketika melewati tengkorak dari otak. Saraf kemudian sebahagaian atau keseluruhan akan berhenti bekerja sehingga keradangan berlaku. Sekiranya saraf berhenti, otot yang bekalan saraf juga akan berhenti berfungsi. Suatu keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau lumpuh pada otot dibahagian sebelah muka.

Penyebab Bell Palsy tidak diketahu walaupun gangguan itu kelihatan merupakan polneuritis dengan kemungkinan virus, radang, autoimun dan etiologi iskemia. Bell Palsy  adalah salah satu gangguan neurologi yang paling biasa yang mempengaruhi saraf kranial dan menyebabkan lumpuh pada otot muka.

CAUSES OF “BELL PALSY”.
  • Jangkitan kuman
  • Tindak balas virus atau reaksi autoimun yang menyebabkan saraf muka demyelinate – punca kerosakan pada myelin ( tisu saraf )
  • Genetic/mempunyai sejarah keluarga yang pernah mengalami Bell Palsy

SIGNS AND SYMPTOMS OF “BELL PALSY”.
  • Lumpuh pada muka bahagian atas dan bawah yang tidak sama ( selama 48 jam – peringkat awal)
  • Gangguan pada deria rasa
  • Kelemahan otot muka
  • Penutupan otot mata yang lemah/ kurang
  • Kesakitan telinga
  • Rasa kebas pada bahagian pipi/mulut
  • Penglihatan yang kabur
  • Mengunyah makanan di sebelah bahagia yang terjejas mungkin menjadi masalah.
  • Kalian mungkin tak dapat menutup mata dengan penuh dan amenyebabkan, mata berair atau kering.
  • Bunyi keras boleh menjadi bunyi yang tidak selesa dan normal mungkin terdengar lebih kuat daripada biasanya. Ini kerana otot kecil di telinga mungkin  telah berhenti berfungsi.

TREATMENT OF “BELL PALSY”.
  • Doktor akan prescribe beberapa ubat-ubatan bertujuan untuk mengurangkan swelling dekat facial nerve dan banyak lagi. Aku cuma tahu yang itu je, sorry gaissss.
  • Fisioterapi ( amat-amat disyorkan sesangat tau ).

  1. SENAMAN 😇
Fisioterapi akan ajar kalian satu siri senaman muka yang akan menguatkan otot-otot di wajah kalian untuk memperbaiki koordinasi dan pelbagai gerakan.  Senaman akan membantu untuk menguatkan otot-otot tertentu pada muka dan ianya harus dilakukan 4-5 kali sehari di hadapan cermin. Senaman muka telah dibuat untuk memastikan otak kalian terlatih dalam apa impuls yang diperlukan untuk mengawal otot yang berbeza di wajah kalian.
Okey sekmung, bolehh klik link kat bawah tu untuk tengok exercise untuk otot-otot muka......
2.  ELECTRICAL STIMULATION 💨
Another method of physiotherapy treatment uses electric stimulaiton. Rangsangan elektrik menggunakan sejumlah kecil elektrik untuk mengaktifkan otot-otot di wajah anda. Ini menyebabkan your muscles to sweat as if the electric impulse from your brain activates them. We will be use TENS. 
3. MANUAL MASSAGE ( URUTAN )😃
Urutan boleh dilakukan dengan pilihan rawatan lain. Ia boleh dilakukan untuk meningkatkan deria. Boleh juga menggunakan ketulan air batu "ice stroking".

💢 💢 Jika ada sebarang pertanyaa boleh "comment" dibawah atau direct email ke niknsyafphysio@gmail.com 💗
💬 RUJUKAN : SUMBER BACAAN DARIPADA INTERNET DAN JUGA NOTA KETIKA BELAJAR DAHULU.
https://www.webmd.com/brain/understanding-bells-palsy-basics


Believe me, I'm yr Physiotherapist 😍.



penagasidsepi.blogspot.com

Sunday 25 February 2018

Catatan : Patah hati

February 25, 2018 0 Comments


 24 Febuary 2018 | Kemaman

Kali ini, catatan ini diceritakan dengan tangisan bersama. Di cuba untuk menahan ianya keluar tetapi tewas. Berkaca.

Ada masa akan ‘scroll’ my Instagram ketika bosan melanda ditempat kerja. Tetibe jejari ini tertekan ‘search bar’ dan terlihat akan akaun Instagram dia. Sudah bertukar D/P. Cantik D/P tu, bukan berseorang tapi berdua. Mungkin inilah petunjuk dari Tuhan untuk aku melupakan dia buat selamanya.

Sebelumnya, ada terlintas di benak fikiran aku bagaimana untuk membuang perasaan sayang ini??? Tutttt, tuttt dah nampak. Itu hint buat aku.

Sakit? Benci? Kecewa? Ofcourse. Tipu jika tak rasa semua itu.nak tak nak, aku kene terimanya dengan hati terbuka. You deserve someone better than me, and I deserve someone better than you. Oh my crush....

Tetiba teringat akan mimpi sebelum ini, dimana aku bermimpi dia menukar D/P wassap dengan menunjukkan maksud untuk berkahwin. Mungkin ada betul jugak mimpi tu kot. Hahaha.

Dear Si Dia,

Semoga berbahagia dengan pilihan kamu. Semoga semuanya berjalan lancer, selamat membina masjid (insyaallah).

Maafkan segala kesalahan aku selama perkenalan kita, pertuturan aku, tingkah laku aku. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sudi berkenalan dengan aku. Merasa masakan aku ( spaghetti Bolognese ) hahaha.  Thanks sudi dengar luahan aku last year.

Move on.

Just a little bit advice, putus cinta memang sakit tapi sakit lagi putus tapi masih cinta. Hahaha. Jangan buat satu keputusan tanpa berfikir tau. Jangan p bunuh diri pulak bila orang hang suka bercinta dengan orang lain. Ingat kumbang bukan sekoq oii. Banyak lagi. Lepas ni ada yang lebih baik dari dia akan datang tau. Aku tak nak sedih-sedih. Happy laa. Move forward.

Bye.

Friday 2 February 2018

Catatan : Penantian itu menyakitkan.

February 02, 2018 0 Comments

 Febuari 2, 2018 | Terengganu

Aku tahu menantikan kamu untuk kembali dalam diri aku satu angan-angan.
Aku tahu aku terus berdoa untuk ianya menjadi kenyataann.

Disini aku masih setia dengan perasaan itu.
Meski kau dan aku hanya kenal dalam waktu yang singkat.

Siapa aku untuk menghalang perasaan ini, untuk terus setia dan menyangi kau.
Maafkan aku.

Sukar untuk aku melupakan kau. Berulang kali aku cuba dan aku tewas.
Aku menangis sendiri.

Saat rindu menjelma aku menangis sendiri.
Besar kesilapan aku terhadap kau. Silap aku satu. Aku jatuh cinta pada kau.

Mungkin. Mungkin sekarang kau sudah berpunya. Mungkin bagiku.
Aku sudah tiada dalam diri kau. Kau sudah tidak perlukan lagi.

Dari hari ke hari aku menanti kau, menanti sebuah keajaiban. Mana tahu ada keajaiban.

Tak pernah sekali aku berharap, dahulu kau hanya teman kenalan aku dan kini, kau mencuri hatiku dan aku mencintai kau dulu dan kini.

Maafkan aku.


" Jika DIA benar untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Dan jika bukan, damaikanlah hatiku dengan Ketentuan-Mu. Kesendirian dalam penantian yang menjaga iman jauh lebih mulia daripada menanti berpasangan namun penug dengan ketidakbaikan. "
- Jodoh Datang Diwaktu Yang Tepat.


 I try to end this story. Seperti yang aku nyatakan " Penantian itu menyakitkan ". I believe, ketentuan itu ditangan Allah S.W.T. Aku serahkan segalanya pada yang berkuasa, yang tahu mana satu terbaik pada diri ini.

Usah ditanya mengenai dia terhadap aku. Cukup cerita itu sampai disini. Cukup untuk hati ini merasakan segalanya. Cukup jiwa ini menanti. 

Seandainya dia kembali tanpa diduga, aku tidak memaksa untuk dia pergi jauh dari aku tapi aku menyambut dengan tenang. 

" Alif Lam Mim "
Dalam ayat pertama surah AL-Baqarah.
Bermakna, Hanya Allah yang Tahu.


 
 
penagadissepi.blogspot.com

 



Wednesday 3 January 2018

Catatan : Sayonara 2017

January 03, 2018 0 Comments


Bismillahhirohmanirohim.

365 hari pada tahun 2017 telah pun berlalu. Sungguh cepat, dalam sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Bila dah nak masuk awal tahun, people will be like “Azam kau tahun ni ape? Azam kau tahunlepas ok tak? Tercapai tak?” Thats the normal think right? All people ada azam yang tersendiri.

So azam aku tahun 2017, Alhamdulillah ada antaranya tercapai. Syukur pada ALLAH S.W.T. Ada jugak yang tak tercapai dan ada yang separuh jalan je ( hahaha ).


  • January/Febuary. Alhamdulillah sepanjang perjuangan bergelar student in Diploma Physiotherapy dapat DEANS LIST untuk semester 5. Alhamdulillah!!! Benda yang memang tak sangka.
  • July. Lulus dalam Pro-Exam for Physio. Alhamdulillah. Antara exam yang duk ketaq giler.
  • July. Alhamdulillah i finished my studies muahh kit. Jatuh bangun 3 tahun, akhirnya.
  •  August. After come back from Ipoh, in 2 weeks macam tu rest kat rumah aku pergi satu interview kerja and Alhamdulillah, i go a job. As a PHYSIOTHERAPIST 
  •  October. Alhamdulillah finally I’m graduated from Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak. Officially, I’m Physiotherapist and alumni of UniKL’S 
  •  October. Alhamdulillah, i have a car. Even AXIA SE je pun, tu la membantu aku pergi kerja. ( deposit semua mak ayah aku bayar, so every month payment aku bayar ).


365 hari berlalu untuk 2017. Bermacam ragam manusia yang aku kenal. Ada yang dating beri senyuman, kebahagian, semangat. Malah ada yang dating, member kesedihan, kecewa, marah. Nama pun, kehidupan. Tapi untuk tahun ni, aku belum dapat takluk hati Si Dia.

Antara satu masalah jugak, susah sangat untuk aku nak move on daripada Si Dia tu. Nak marah tu memang ade, tapi bukan hak aku kan. So kenapa aku nak provoke kemarahan aku terhadap si dia, bukan aku dapat apa-apa faedah pun. Apa yang aku lakukan sekarang, aku cuba buang jauh-jauh fikiran aku untuk teringat si dia. Tapi sometimes, aku tewas jugak maka keluar ayaq mata nie. Hahaha. Tapi cuba lagi lawan, meski hati kata jangan. Teruskan lawan. Dalam tempoh perkenalan aku dengan si dia, entah kenapa hati aku sering cakap positif je pasal si dia walha orang lain sebaliknya. Apa yang aku fikir sekarang, stop thinking about falling in love with someone. Kalau jodoh tak kemana rights? Insyaallah. ALLAH S.W.T tu maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui segalanya.

SAYONARA 2017. Kita tutup buku 2017, sebagai kenangan, pedoman, pengajaran untuk kita. Semoga tahun 2018, lebih bermakna, lebih Berjaya, murah rezeki, semooga iman makin tinggi, kita kumpul pahala yang banyak. Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segalanya.

Apa azam aku untuk 2018? Semoga azam tahun 2017 dan tahun lepas-lepas ) dapat dipenuhi pada tahun 2018. Iman makin up, pahala makin up, kurang buat dosa, banyakkan buat ibadah sunat danpenuhi yang wajib, saving for umrah, travel with friends, gadget baru. Continue study maybe. 

Kalau ada orang masuk merisik????

Semoga impian aku dan korang semua tercapai. Stay thinking positive. Nak buat something, fikir masak-masak.

Alhamdulillah untuk 2017 dan Bismillah untuk 2018.

BYE.

Monday 25 December 2017

Catatan : Alif Lam Min

December 25, 2017 0 Comments
Pernah terbace yang:

Perkara jodoh tu macam "Alif Lam Mim" dalam ayat pertama surah Al Baqarah. Maknanya hanya Allah yang tahu.

So,

Janganlah kerap bertanya padaku bila dan bila dan janganlah jugak membandingkanku dgn kawan2 atau saudara2 yg lain.

Takdir hidup kita tak sama.

Sunday 3 December 2017

Catatan : Beza kita

December 03, 2017 0 Comments
 3 DECEMBER 2017 | Kemaman. TRG


Sukar untuk  melupakan kau. Aku cuba. Dari hari ke hari aku mencuba. Cuba dan terus mencuba. Makin aku cuba, makin sukar untuk melupakan kau. Makin aku cuba, makin aku sayang kau. Apakah semua ini? Kenapa aku?

Istimewanya kau bagi diriku. Sehingga aku buta untuk memandang orang lain. Ya Tuhan kuatkah aku? 
Apa yang harus aku lakukan. Beri aku kekuatan. Aku tidak mampu untuk menipu diri ini. Orang lain mungkin ia, tapi keluarga dan sahabat baik tidak.

Aku takut, takut akan kehilangan rasa hormat aku terhadap kau. Aku takut aku akan kehilangan kamu tapi andai ianya terjadi aku kena redha. Itu

Tika sendirian, wajah kamu akan terbayang. Tak pernah aku niat begitu, tapi ianya hadir tanpa aku sedar. Orang sekeliling kadang membuatkan aku teringat pada kau. Senyuman yang pernah terukir.
Iyer, aku bodoh. Bodoh kerana pernah jatuh cinta pada kau. Bodoh kerana tergila-gila kan kau. “Perigi mencari timba”. Ia itu aku. Makin kau lari, makin aku kejar. Aku kejar dengan doa.

Aku sedar. Kau dan aku, jauh bezanya. Kita berbeza dari segalanya. Mungkin kau adalah lelaki yang aku cari selama ini. Ciri-ciri yang aku inginkan ada pada dirimu. Kerna itu, hati ini buta, buta untuk memandang kumbang yang lain. Tapi aku kuat, dan aku percaya akan ketentuan yang Tuhan tetapkan.

Aku sedar. Kau makin jauh dari aku. Kau tak seperti dulu. Kau makin cuba jauhkan diri dari aku. Kau tak seperti yang aku kenal dahulu.

Aku lakukan apa yang kau mintak meski ada yang sibuk ingin mengetahui. Aku simpan segalanya sebagai rahsia, yang kau pinta dari ku untuk menyembunyikan nya dari pengetahuan orang lain. Aku bohong pada semua orang, kerna aku terlalu gilakan kau.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering sangat teringat pada kau. Sehingga kau muncul dalam mimpi ku. Apa maksud semua ini? Ya Tuhan. Beri aku kekuatan dan aku takut.

Wahai hati, tolong berdikari. Wahai hati, jangan mudah kecewa dan jangan cepat mengalah. Ini perasaan yang biasa dalam kehidupan seseorang manusia. Ajar diri ini mencintai tuhan terlebih dahulu sebelum mencintai lelaki itu. Doakan gadis itu.

Aku Sekeras Hati Berlawan, 
Untuk Buat Hati Kau Tertawan.
Tapi Aku Tersedar Satu Hal,
Perasaan Itu Tidak Bleh Dipaksa,
Jika Ada, Ada. Jika Tiada, Tiada.

                                                                           Penagadissepi.blogspot  ©