Friday 6 May 2016

#MySelf Log 1 : M.E.I

May 06, 2016 0 Comments

07 MEI 2016

Assalamualaikum dunia. Apa khabar? Semoga semua sihat dan senantiasa dalam lindunga-Nya. Aamin, Insyaallah. Alhamdulillah saya disini sihat, sakit sikit-sikit itu biasa lah. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Subahanaallah besarnya kuasa ALLAH S.W.T kan. 

M.E.I

Opps, 07 MEI 2016 cukup sebulan saya meninggalkan Hospital PUSRAWI. Subahanaallah aura tu masih terasa. Mana tak, sampai termimpi-mimpi. Hish apa korang dah jampi kat saya, sampai saya still rindu dengan semua kat sana. Sampai korang jenguk dalam mimpi saya, ada tu sampai 3 hari berturut-turut.  Allahuakhbar. Nampak tak saya rindu sangat. Dengan kawan-kawan kat sana mengungkit memori jew. "Kuda laut". Memang melekat geleran tu eh? Insyaallah kita jumpa suatu hari nanti. 


Bulan MEI is the hectic month for me. On the road to OSPE and FINAL EXAM. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah semester 4. Dah nak berakhir dah tahun 2 aku sebagai student physiotherapy dekat UniKL nih. Berbaki hanya 1 tahun 1 bulan lagi untuk aku berjuang untuk dapatkan segulung Diploma. Insyaallah! Fighting! 3 tahun sekejap jew bagi aku, terasa baru jew aku daftar masuk belajar kat sini. 

Rupanya dah 2 tahun aku merantau kat tempat orang. Tahun 2014, aku mula belajar untuk hidup berdikari ditempat orang tanpa mak ayah dan adik-adik disisi, belajar untuk lebih kuat. Tinggalkan mereka dikampung. Dimana disitu bermula kisah kehidupan yang sebenar. Fikiran sudah mula matang, hati mula mudah terasa, perasaan mudah tersentuh. Dimana semakin kuat untuk kau belajar untuk kuat, semakin kau rasa lemah. Dimana banyak nya masalah menyinggah, dimana banyak nya dugaan menimpa. Tahun 2015, dimana aku berada di semester 3 maka bermulanya pratikal aku di hospital. Tempat pratikal yang ditentukan oleh lecterur bukan kita. Maka merantau lah di tempat orang. Disitu aku mula untuk lebih kuat. Berada di tempat orang bukan hal yang mudah. Nak survive tu pedih. Dalam fikiran duit. Stay kat negeri orang tak sama macam mana stay kat tempat sendiri. Huish pehal pulak macam nak sedih nih? Sorry gais. Huhuhu.

1 tahun 1 bulan lagi. Dapat kah aku habiskan dengan jaya? Ya ALLAH, permudahkanlah segalanya. Sesungguhnya kejaayan ku ini adalah hadiah untuk ibu dan bapa ku. Belajar bukan perkara yang mudah. Sering kali orang tanya pada aku, 

"Nik, study physio senang ke susah?"  


Adoi. susah nak bagi jawapan tu. By the way, belajar mana ada senang semua susah, tapi ianya berbalik pada diri kita pulak. Sejujurnya pada saya belajar dalam bidang physio nih bukan perkara yang senang. Cuba bayangkan kau kena ingat setiap otot-otot a.k.a muscles dalam badan, 206 jenis tulang dalam badan nih, jenis saraf-saraf, urat-urat a.k.a tendon,ligament and banyak lah. Adoi sampai sekarang tak ingat semuanya lagi. Entah bila untuk seketul Nik untuk ingat semua nih. Kita cuba slow-slow. Insyaallah, boleh. Sabar dan usaha! Hahaha. Bayangkan bila disoal, hentam saja. Kalau hentam betul, Alhamdulillah. Kalau salah, tergangga kat situ sambil berhua hua. Hahaha. Tapi apa yang bestnya, bila belajar semua nih, kita dapat lihat betapa besar kuasa dan ciptaan ALLAH S.W.T. Allahuakhbar. Betapa hebatnya kan. From this kita akan belajar untuk bersyukur.

Kemanakah perjalanan aku selepas menamatkan studies in diploma nanti? Kerja? Sambung belajar lagi - Ijazah? Confius dibuatnya. Bila ditanya pada diri sendiri, nak sambung belajar dulu. Bila berbincang dengan parents, jawapan diorang kerja dulu. How? Adui,, even diploma tak habis lagi dah fikir semua tu. Hahaha. Memang sometime fikir kerja dulu, settle kan loan dulu separuh after that sambung belajar. Tapi takut, bila dah syok pegang duit jadi malas nak sambung. Hahaha, last2 adakah PJJ (pengajian jarak jauh)?? Okey, never mind! Nik,lets focus for diploma dulu.

Memang dilema dalam nak buat sesuatu keputusan. Nak kena jaga perasaan parents that it is the importance thing. Tambahan pulak bila anak sulong. Tanggungjawab itu besar. Nak buat something pun kena ada parents. Maybe itu aku jew kot. Peace yow!

Banyak lagi nak di sharekan, but i dont have a enough time. Nanti free saya share, ye. Doakan saya dipermudahkan untuk Final Exam and OSPE nanti. Untuk kawan-kawan yang jauh di mata namun percayalah dekat dihati, good luck too. Bittaufiq wannajah! Keep fighting! Kawan from PASTI, TADIKA, SKCB, SMKCB, UNIKL, PALAM, PICOMS and semua!


"NOBODY KNOWS YOUR PAIN AND SUFFERING MORE THAN ALLAH S.W.T. TRUTH IS NOBODY REALLY CARES AS MUCH AS ALLAH S.W.T. JUST PUT IT SMILE AND BE KIND.
EVERYTHING WILL BE FINE, INSYAALLAH!" 


Salam sayang buat semua. Assalamualaikum.

*segala apa yang dikongsikan ini adalah dari luahan diri ini sendiri, jika terasa atau mengguris perasaan kalian, maafkan. Tidak berniat juga untuk menjatuhkan semangat kalian, tapi cuba untuk memberi semangat. Aku hanya insan biasa.*