Monday 25 December 2017

Catatan : Alif Lam Min

December 25, 2017 0 Comments
Pernah terbace yang:

Perkara jodoh tu macam "Alif Lam Mim" dalam ayat pertama surah Al Baqarah. Maknanya hanya Allah yang tahu.

So,

Janganlah kerap bertanya padaku bila dan bila dan janganlah jugak membandingkanku dgn kawan2 atau saudara2 yg lain.

Takdir hidup kita tak sama.

Sunday 3 December 2017

Catatan : Beza kita

December 03, 2017 0 Comments
 3 DECEMBER 2017 | Kemaman. TRG


Sukar untuk  melupakan kau. Aku cuba. Dari hari ke hari aku mencuba. Cuba dan terus mencuba. Makin aku cuba, makin sukar untuk melupakan kau. Makin aku cuba, makin aku sayang kau. Apakah semua ini? Kenapa aku?

Istimewanya kau bagi diriku. Sehingga aku buta untuk memandang orang lain. Ya Tuhan kuatkah aku? 
Apa yang harus aku lakukan. Beri aku kekuatan. Aku tidak mampu untuk menipu diri ini. Orang lain mungkin ia, tapi keluarga dan sahabat baik tidak.

Aku takut, takut akan kehilangan rasa hormat aku terhadap kau. Aku takut aku akan kehilangan kamu tapi andai ianya terjadi aku kena redha. Itu

Tika sendirian, wajah kamu akan terbayang. Tak pernah aku niat begitu, tapi ianya hadir tanpa aku sedar. Orang sekeliling kadang membuatkan aku teringat pada kau. Senyuman yang pernah terukir.
Iyer, aku bodoh. Bodoh kerana pernah jatuh cinta pada kau. Bodoh kerana tergila-gila kan kau. “Perigi mencari timba”. Ia itu aku. Makin kau lari, makin aku kejar. Aku kejar dengan doa.

Aku sedar. Kau dan aku, jauh bezanya. Kita berbeza dari segalanya. Mungkin kau adalah lelaki yang aku cari selama ini. Ciri-ciri yang aku inginkan ada pada dirimu. Kerna itu, hati ini buta, buta untuk memandang kumbang yang lain. Tapi aku kuat, dan aku percaya akan ketentuan yang Tuhan tetapkan.

Aku sedar. Kau makin jauh dari aku. Kau tak seperti dulu. Kau makin cuba jauhkan diri dari aku. Kau tak seperti yang aku kenal dahulu.

Aku lakukan apa yang kau mintak meski ada yang sibuk ingin mengetahui. Aku simpan segalanya sebagai rahsia, yang kau pinta dari ku untuk menyembunyikan nya dari pengetahuan orang lain. Aku bohong pada semua orang, kerna aku terlalu gilakan kau.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering sangat teringat pada kau. Sehingga kau muncul dalam mimpi ku. Apa maksud semua ini? Ya Tuhan. Beri aku kekuatan dan aku takut.

Wahai hati, tolong berdikari. Wahai hati, jangan mudah kecewa dan jangan cepat mengalah. Ini perasaan yang biasa dalam kehidupan seseorang manusia. Ajar diri ini mencintai tuhan terlebih dahulu sebelum mencintai lelaki itu. Doakan gadis itu.

Aku Sekeras Hati Berlawan, 
Untuk Buat Hati Kau Tertawan.
Tapi Aku Tersedar Satu Hal,
Perasaan Itu Tidak Bleh Dipaksa,
Jika Ada, Ada. Jika Tiada, Tiada.

                                                                           Penagadissepi.blogspot  ©

Sunday 19 November 2017

Catatan : 22 September 2016

November 19, 2017 0 Comments


22 September 2016,
Pertama kali aku melihat kau,
Terpandang mata kau tanpa sengaja,
Seorang jejaka yang tidak pernah aku kenali,
Jejaka yang memakai mask hijau berbaju KKM.

22 September 2016,
Pertama kali aku mengenali kau,
Diruangan A&E itu pertemuan kali pertama,
Antara aku dan kau,
Lalu jejaka itu dating menyapa tanpa malu,
Terkedu aku seketika disitu.

22 September 2016,
Dengan berani aku menyapa dia kembali,
Ketika kami melangkah menuju ke kederaan,
Tanpa ragu tanpa malu,
Tapi jejaka itu terkedu disiitu,
Maafkan aku.

22 September 2016,
Jujur aku katakan,
Aku meminati mu,
Buat pertama kalinya,
Jejaka itu mencuri hatiku,
Disaat ini aku masih menanti jejaka itu.

Wednesday 25 October 2017

Catatan : SYAF dah convo!

October 25, 2017 0 Comments


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

26 October 2017 | Putrajaya International Convention Centre

Assalamualaikum w.b.t.

Hye guys! Apa khabar?  Just nak cakap “MOOD CONVOCATION IS ON”.

23 October 2017, Session 6. Ya that my convo session guys. Alhamdulillah, Niknsyaf dah grad! Yuhuuuu! So entri untuk kali ni mengenai “Syaf dah convo!”

Diploma In Physiotherapy of UniKL RCMP


First of all, CONGRATULATION for all graduans from UniKL RCMP and other UniKL campus [ MIAT, MIMET, MICET, MIIT, IPROM, MSI, MFI, BMI, MESTECH, UBIS dan ada lagi tak ingat huhu jangan marah akak ]. 

Convocation Universiti Kuala Lumpur ( UniKL) yang ke 14, macam biasa ditempat yang sama macam sebelum ni di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Selama 4 hari. Hari yang paling aku tunggu selama ini, di mana usaha selama 3 tahun akan diraikan besar-besaran. Ya Allah, antara peluang yang aku dapat rasa.


“ We did it guys and Tahniah ! ”


Muka happy dapat bunga ni, bunga dari crush je tak dapat

Excited akak disitu, bila staff  RCMP nak ambek gambo
Kaki gossip


3 year up and down. 3 tahun emo sana sini. 3 tahun stress itu ini.  3 tahun menangis. 3 tahun merantau tempat orang. 3 tahun aku belajar hidup berdikari. 3 tahun bersama orang baru yang tanpa mengenali mereka dari kecil. 3 tahun kenangan yang tak mungkin berulang kembali. Pahit manis semua ada.

For the 1st time aku, berhijrah ke negeri orang dan Perak kome menjadi pilihan teman. Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak tempat aku pilih untuk melanjutkan pelajaran dan Diploma In Physiotherapy menjadi tarikan aku. [ Okey, entri sebelum nie aku dah cerita perjalanan aku kesini, so click link ni https://penagadissepi.blogspot.my/2017/07/chapter-finally-i-did-it.html ]
 
Geng masuk ayaq, sekye makeup molek aku potato
3 tahun perangai masih sama, nakal. Bila dan bersama dengan orang yang jenis cepat masuk ayaq, lagilah. Tak ingat dunia. Hahaha. Nakal, gedik, gatal, manja, famous ke? Tak okey! Rajin pun sebesar zarah je.
Tiap kali dapat tajuk for assignment, a week before due date baru kalut nak siapkan, nak search sane sini. Bukan 1st year yg jadi macam tu untill 3rd year like that jugak. Setiap kali nak ambek Quiz/Test baru nak recap balik, mula la akan tanya 

"Eh pernah ke blajo mende ni dlm kelas? Eh dok pernoh dgor pong" haha.

Bukan nak jadikan moral of the story lps tu, still buat until Sem 5. Masuk Sem 6 baru, insaf. Sikit je tak banyak hahahaks. Setiap kali nak Rubric /Ospe mula duk kalut pratik itu ini, mangsa² a.k.a model² housemates. Riuh rendah satu umah. Budak radiorgrapher (our housemates sem 3&4 sometimes will be my mangsa hahaks). 

2 orang entah kemana, sedih akak
And setiap kali nak Final Exam, study macam ape. Its so struggle. Not study smart, but study hard. Terbalik pulak. Nescafe will be teman terbaik when study. Tido cukup tak cukup. Jadi burung hantu setiap kali nak submit assessment and case study. Other things, setiap kali nak Rubric/Ospe and Pro Exam, tercari² la senior². Time ni sibuk nak curi² rahsia, mintak tips. Ada yg pesan (aku ingat smpai skrang, and i do it too), 


"apa yg aku ajar dan bagi, korang kene share dekat orang lain jugak".

Yas, i know it. Setiap kali nak gi clinical posting, at the time i will be like, nak bukak all the notes or books and read at the time jugak. Sebab dia punya ketaq for 1st day pratikal kat mane² tempat (klinik/hosp/centre) "nervous, ketaq" tu always with me. Terasa paling teruk kene torcher for 1st day pratikal, dekat klinik hahaha (sape tahu, senyap please). Sebenarnye, physio okey tpi saje nak test and on that time rase macam tak na pratikal situ dah, one day will be like seminggu hahaha. But and last, happy je and suke ngat duk situ hahahks. Sampai terjatuh hati dekat orang situ pulak. Aephal Syaf wei!?? Tempat lain so far so good.

dihimpit dengan akak-akak cantik
When be a student, emosi and stress senantiasa ada. And tu handle it, kena pandai la. Zaman belajar, adalah yang best. Bila korang masuk Univ, korang rindu zaman skolah. But when korang dah kerja, korang akan rindu zaman univ. Sebab disitu, bermula kehidupan berdikari aku sebenar. Sebab for the 1st time, aku berpisah with my family. Balik cuti naik bas, almost 7 hours perjalanan. Kawan-kawan ada balik dengan mak ayah. But aku berbeza, parent aku dah cakap just dapat hantar dan insyaallah, time dah habis study nanti datang ambik. Its okey, because aku faham. But last, bila dah habis belajar aku balik sendiri. Kene faham dengan ekonomi sekarang. Minyak makin naik, kos tol lagi. Boleh saving nak ke convo pulak... Ke tempat pratikal, naek bas and ada tumpang kawan². Itu kehidupan aku bergelar pelajar diploma.

Tak pernah menyesal, sebab dari sekolah dah niat "nanti nak smbung study, luar dri terengganu". And Perak tempat yang dituju. 3 tahun stay kat Perak. Bila kerja, balik Terengganu balik. But ikutkan hati, nak kerja luar dri Terengganu gak (nak acah feeling, boleh balek kampung jauh² hahaha). Alhamdulillah, dapat peluang kerja kat sini and ada hikmah nyer. Cari pengalaman dulu and saving for future. Niat nak sambung degree ada, but economy unstable. So kene saving. Sebab malas nak buat loan study dah, 64K pun banyak dah diploma belum degree lagi.
Suddenly, after convo ari tu. My mum tanya, “ akak tak nak sambung belajar ke? Rugi lah. ”
Sejujurnya, memang nak. But banyak lagi nak kena pikul. Kerete , bayar loan. Dulu masa tengah belajar, niat nak after abes je diploma terus nak sambung degree. Tapi kene fikir adik-adik pulak. Sedih. Its ok. 

Mum “ kat g sambung blajo neh, rugi dok sambung, tunggu setahun dua neh”

Insyaallah, nawaitu nak sambung belajar akan tetap ada.

Alhamdulillah, dah dapat kerja. Lepas 2 minggu habis study, dapat peluang temuduga kerja and i got it. Alhamdulillah. So target saving tuk continue study, travel, umrah and kawen.
Suasana mase convo ary tu, sangat happy but bila nak masuk je hall tu, suddenly sebak sangat. Tak tahu kenapa. Maybe, after 3 months berpisah dengan kawan-kawan and that day kumpul balik. But after tu, berpisah balik. Belum tentu bila dapat jumpa kan? Belum tentu reunion, annual dinner semua adakan? Jaga diri kawan-kawan semua.

Geng study
Budak manja


To all juniors, hargailah zaman study ni leklok. Study leklok. Guna masa tu baik². Jangan main² macam aku ni. Study almost last minute, awal² main2 je bace, and yg last tu gak kene buat. Assessment try siapkan awal², jgn jadi macam aku pernah nak siapakan 80 ax, tido just 1 and half hour je. Jari memang nak cramp. Hahaks. Naseb sem 6 insaf, alhamdulillah dapat siapkan awl².
Alhamdulillah, I'm graduated now. Done Diploma in Physiotherapy of UniKL RCMP Cohort 8. Diploma pikat hati awak je tak sette lagi. Hahaha susah benor. Next target, saving, travel, degree, umrah, rumah and kahwin. 

Le Classmates muah
Buat kawan-kawan di UniKL RCMP, thanks menjadi sahabat aku selama 3 tahun lebih. Semoga ukhwah persahabatan yang terjalin ini, kekal buat selamanya. Aku mohon maaf andai, selama perkenalan ini aku ada buat salah, tersalah cakap, terkurang ajar dalam kelakuan. Terjadi keyboard war dkt twitter tu, sorry. Thanks, ajar aku banyak mende, ajar aku ketika aku terkapai-kapai, ada disaat aku stress, ada diasaat sedih dengan cintan cintun aku. Poyo lebih kan aku ni. Halalkan segala makan minum aku, minyak kerete ye. Hopefully, kita dapat kumpul balik macam dulu. All the best, kerja leklok. Kawen jangan lupa jempu. Datang ke tak, tu lain cerita. Selamat mencari kerja, selamat bekerja dan goodluck sambung belajar. Doakan aku dapat sambung belajar jugak.

En Wan our lect
Buat tenaga pengajar, pensyarah semua. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Dari kosong ilmu anatomy, physiology, totally pasal fisio. And now, tahu semua tu. Thanks tahan dengan perangai teruk budak student ni (aku ler). 3 tahun bersama, sedih bila berpisah. Jasa baik semua hanya Allah S.W.T yang dapat balas. Semoga semua tenaga pengajar, sentiasa dalam lindungan-Nya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. Diberi kesihatan yang baik dan terus mendidik bakal-bakal fisioterapi.


Le Family

Buat mak ayah, thanks datang hari convo kakak. Kejayaan ini untuk mak ayah. Tanpa mereka, takkan aku sampai ke tahap ini. Support kakak dari awal sehingga akhir. Sokmo tanye “gane blajo? Ok dok? Boleh bowok dok? Duit cukup dok? Blajo molek?” risau sokmo ke anok ye.




Kejayaan ini, aku hadiahkan buat maa abah, adik², sahabat², lect², senior², physio² senior, cikgu², sanak saudara semua yang menyokong, membantu aku sehingga ketahap ini. Thanks fr yr du'a, advice. May Allah S.W.T protect you alls, and ease our journey. 

Semoga dimurahkan rezeki dapat ke Ipoh lagi. 

Congrat agains kawan² Dip. Physio, Dip. Radio, Dip. Pharm and Dip. Nursing and also too Bach. Pharm and MBBS. All the best for next journey. See u agains...

***Nak sambung nangis dalam selimut pulak***
Jaga diri sahabat, ingat aku selalu.

P/S : Insyallah, nanti next entri aku share about physio.

" Rahsia kejayaan seseorang terletak pada doa dan keredhaan ibubapa. "

Monday 25 September 2017

Catatan : My favourite lagu

September 25, 2017 0 Comments
25 Sept 2017 | Kemaman, Terengganu.

Assalamualaikum wbt. Hye guys, ari nie nak sharing satu lagu ni. Aku suka sangat denganlagu nie. Setiap kali dengar macam kene je dengan hidup ni hahaha. Terus mata mula berkaca sekejap. Tak leh dengar lagu jiwang-jiwang sedih sikit. Mungkin dalam proses kemantangan kot. Abaikan semua itu cinta monyet okey. Jangan jadi angau macam aku ye gais. Teruk hahaha. Semoga seketul ni tak mudah untuk jatuh cinta lepas nie ye. Parah hahaha. Bye. Ah nanti korang dengar kat youtube tau lagu ni by Sis Amalina Said – Angin Bayu. Lirik dia best... Kat bawah tu lirik dia.

ANGIN BAYU by AMALINA SAID.

Angin Bayu,
Menyentuh Pipiku,
Kerna Ku terjaga dari tidurku.

Ku ingin kau selalu,
Ada Disampingku,
Menemaniku Sepanjang hidupku,
Dimanakah kau kini sayangku,
Pulangkanlah ke sisiku.

Hatiku Ku berlagu,
Hanyalah untukmu,
Untuk Menghiburkan mu,
Dikala Kau pilu.

Hatiku Berlagu,
Menginginkan Kamu,
Aku Kan menjagamu,
Hapus Semua dukamu.

Tidakkah Engkau merinduku,
Kau Kata aku permaisuri hatimu.
Ku Ku kan selalu,
Setia Menunggu,
Walau Bertahun engkau tinggalkan aku.

Percayalah Kataku sayangku,
Tahu Kau cinta rindu.

Hatiku Ku berlagu,
Hanyalah Untukmu,
Untuk Menghiburkan mu,
Dikala Kau pilu.

Hatiku Berlagu,
Menginginkan Kamu,
Aku Kan menjagamu,
Hapus semua dukamu.

Lupakanlah sayangku,
Kisah duka laramu,
Biarkan Ia berlalu.

Hatiku Ku berlagu,
Hanyalah Untukmu,
Untuk Menghiburkan mu,
Dikala Kau pilu.


Hatiku Berlagu,
Menginginkan Kamu,
Aku Kan menjagamu,
Hapus Semua dukamu.

Tuesday 29 August 2017

Catatan : H A T I

August 29, 2017 0 Comments
28 August 2017 | Kemaman, Terengganu.


Setia,
Setia disini menanti biar hati sendiri terseksa.
Setia disini menanti akan sesuatu yang belum pasti jawabannya.

Ikhlas,
Ikhlas hati ini mencintai dia,
Sehingga sanggup kunci pintu hati ini pada yang lain.
Ikhlas hati ini menanti meski lama masanya.

Doa,
Doa takkala rindu menjelma,
Kerna hati ini yakin akan jawabannya nanti
Tuhan senantiasa ada dan mendengar akan semua doa-doa hambanya.

Pengorbanan,
Ku korbankan hati ini hanya untuk dia.
Kerna ku ingin hidup atas nama cinta mu.

Penantian,
Sebuah penantian yang mungkin lama,
Terasa bagai kayu menanti tapi aku yakin adanya SETIA, IKHLAS, DOA, PENGORBANAN akan adanya sebuah kemanisan menanti.

Mungkin bukan saat dan tika ini, mungkin nanti.
Tuhan jagalah hati ini dalam merindui dia.
Ikhlaskan diri ini dalam mencintai dia.
Jagalah hati ini agar mencintai dia bukan kerana nafsu semata-mata.

Rindu ini umpama udara,

Yang sentiasa ada walhal tidak mahu merasa.








Saturday 29 July 2017

Catatan : Dia

July 29, 2017 0 Comments
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم



29 JULAI 2017 | KEMAMAN, TERENGGANU

Ya. Cinta tak boleh dipaksa malah ianya mampu untuk dipupuk dan disemai kan? Dalam diam disemai dengan doa-doa yang tidak putus serta doa yang ikhlas. Insya-Allah.

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Cinta pada tuhan, Nabi, agama, keluarga dan seseorang lelaki/wanita yang ingin dijadikan pasangan hidup. Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi ianya boleh dirasai. Cinta itu lagi manis seandainya, ianya diredhai oleh Allah dan direstui oleh ibu bapa. Cinta adalah segalanya, ianya hadir tanpa diundang. Keikhlasan rasa cinta kan membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri. Cinta itu memberi seribu rasa, tidak pelik kalau dikatakan cinta itu keterlaluan kadang kalanya.

Bagi aku, bercinta lah kau setinggi mana. Tapi bercinta lah kau atas landasan agama. Hubungan itu jagalah. Jangan dicemari dengan kelakuan yang memburukkan pandangan mata manusia lain. Ikhtilat itu jaga. Pandangan mata itu jaga. Bercinta lah kau dan jangan sampai kau bersentuh-sentuhan. Ini nasihat untuk diri aku sendiri dan kalian. 

Mungkin akan ada yang berkata :

“Cish sembang kencang minah ni, nanti kau dah bercinta kau sendiri pengang2 tangan bagai, bersentuhan. Time tu kau dah lupa apa tu semua! Mampus lah kau”.

Ya, tapi kita boleh elakkan ? kita kuatkan kembali iman kita rights? Sebab itu aku tak berani menasihati rakan-rakan lain kerna aku takut. Aku takut ianya terjadi pada diri aku. Ya aku tak pernah bercinta TAPI tipu untuk katakan aku tidak pernah jatuh cinta.

Apa beza antara suka, sayang dan cinta?

So aku cerita, ni apa yang aku baca dari web/blog “BAITULJANNAH.COM”.(so sape yang nak cari jodoh boleh pergi web tu and isi form ye)

Suka boleh dikatakan menuntut. Dimana pada saat kau sukakan seseorang, kau akan berusaha dan malah kau mungkin akan memaksa dia untuk menyukai kau kembali. Suka apabila kau lihat dia dan lalu berkata “cantik/hensemnya dia”.

Sayang. Sayang dikatakan memberi dan menerima. Sayang apabila kau lihat dia dengan melihat melalui budi pekertinya, tingkah lakunya bukan hanya dari luarannya. Once kau dah sayang seseorang tu, bila dia sakiti hati kau, kau akan menangis untuknya. Pada saat kau dah sayangkan dia, kau akan biarkan dia untuk buat pilihan yangg dia mahu.

Cinta, cinta adalah bila kau lihat dia dan kau cakap dalam hati kau “jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah Tuhan berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanaya.” Once kau dah cintakan seseorang and dia sakitkan hati kau, kau takkan sakiti hati dia balik and hanya berkata dalam hati “its ok, mungkin ada sebab dan dia tidak sedar apa yang sedang dilakukan”. Pada saat kau dah cintakan dia, kau akan sentiasa tunggu dia dengan penuh kesetiaan walaupun ambik masa yang lama. Secara ringkas, perasaan cinta itu apabila kau menemaninya pada bila-bila masa yang kau perlukan dan kau langsung tak kisah keadaan dia time tu sebab bagi kau dia sangat penting. Kerna cinta adalah memberi dan menerima dengan rela hati.

Jujur untuk aku cakap, dulu aku hanya suka pada dia TAPI lama kelamaan aku melihat dia aku telah jatuh cinta pada dia. Awak, maafkan aku.

For this time I did it. Confess this feeling to a guy. A man with different characteristics. And the features complement 60% of my choice men. Before I decide to do it, I've made the best and the right decision. I believe in this word of myself and ianya bukan 100% dari kata hati. Mengapa aku berbuat sedemikian? Sampai bila untuk terus hidup dalam bayangan perasaan itu sendiri, sampai bila untuk menyembunyikan perasaan itu, pendam sorang dan menangis sendiri.  Apa pun jawaban yang bakal dia katakan, aku terima dengan hati yang terbuka. Pahit akan ku telan dan manis akan ku simpan. Life must go on. Chills and keep positive beb. Tak salahkan jika perempuan memulakan dahulukan?

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ku. Ketika jari jemari ini gigih menaip chat untuk kau, debarannya amat tinggi. Dibaca ulang kali, apa yang patut aku nyatakan. And finally, I send it. Selepas 11 jam kemudian, baru kau seen aku punya chat. Tapi kau tak percayakan aku dan kau nyatakan aku bermain dan ingin kenakan kau. Sedihnya. Bila orang serius, dia ingat kita main-main. After i trying to explain and tell he this feeling is serious and bukan main-main,  kau nampak jugak macam tak percaya tapi its okey. Aku redha haha. And kau cakap, “kenapa tak bagitahu awal-awal kalau tak dah ada awek nak ajak tengok wayang ke?” aku ingat kau bergurau, dan aku hanya balas “kau memang” (dalam nada bergurau ye). Tapi kau nyatakan “aku pulak, kau lah. Aku mne taw perasaan pmpuan ni”.

Hahaha. Aku hanya mampu balas ketika itu “aku pun tk tahu cm ne perasaan lelaki and kau mesti ada someone specialkan” (dalam nada yang agak sedih). Dan kau. “klau ada awek pun boleh je kan kawan, kluar makan”. This time, awak aku serius lah beb, bukan main! Aku, “tak psl2 awek kau mri serang aku bgai nanty” dan kau “nape pkir –ve je”.

When i asked how about your expectation after you know about this, ya before this mesti kau cakap eh budak ni wassap, mesej aku as kawan je tapi sebenarnya dia simpan perasaan kat aku la.

Dia cakap “entahlah, aku aspect student mcm kau, n* mesti minat m* lagi, ye la m* kan famous mesti taste korang macam tu”. Eh please la, bukan taste aku mungkin taste orang lain. Kau pun tahu why aku tak minat m*. Mak cik aku pernah kenalkan seorang student m* kat aku, siap bagi no fon aku lagi. First, aku tak suka orang bagi no fon aku tanpa izin aku, second aku tak suka dkt dia. Jangan pernah paksa aku. Aku friendzone mak cik aku berbulan-bulan, mak cik lain pun friendzone mak cik aku tu haha.

“baguslah kau, berani sebab jujur dengan aku”
“ya, aku beranikan diri sebab sampai bila nak hidup dalam bayangan sendiri kan, dan apa2 jawapan yang dberi kene terima seadanya”
“Bagus tu bagus dah, tapi kalau kau tanye aku, aku mintak kau kerja dulu bukan sebab aku dah ada ade awek ke tak, aku xde sape2 skrang. Tapi aku nak kau kerja dulu, jumpa ramai orang. Nanti kalau kau dah kerja, muka mcam aku ni kau tak pandang dah.”

Iyup, itulah target aku. Aku nak kerja dulu, sebab kau tau keadaan aku macam mana kan.  Dari apa yang aku tengok, kau macam fobia with something. Once kau cakap ramai kawan-kawan kau bercinta bagai nak rak time belajar lastly, bila dah kerja semua lupa dah segala janji dan jumpa orang lain. Yes, apa kau cakap betul. Dah tak jadi rak dah lepas tu, rak habes patah haha. Sebenarnya, jujur aku katakan aku sendiri takut untuk mengenali mana-mana lelaki, dengan apa yang berlaku di sekeliling aku, broken sana sini. Even tak jadi kat diri aku, tapi I don’t know why aku yang takut. Ya, gaduh tu manja-manja, gurau je, gaduh tu nak tengok kuat tak kau hidup/berkawan dengan dia. Tapi sampai menangis bagai macam tak je.

Kenapa dengan kau aku berani untuk mengenali diri kau, sebab-sebabnya hanya aku yang tahu. Selepas dia cakap macam tu. Aku boleh terima seadanya. Dengan hati yang tenang dan terbuka. Aku tak nak berjanji apa-apa, tapi aku akan buktikan kat kau, even aku dah bekerja muka kau akan aku pandang andainya, takdir itu untuk aku dan kau. Dan aku harap kau takkan lupakan aku, seorang insan yang telah jatuh cinta pada kau ketika ini. Aku nak berjaya macam kau.

Selepas dia tau, lalu memaksa aku untuk memberi tahu sebab-sebab mengapa aku sukakan dia... Hish muka tak malu betul mamat ni kan.

“jangan tanya aku, aku malu lah wei. Ya allah”
“la nape nak malu lagi nye, bagitahu je la”
“bla, bla, bla, bla... hahahaha”

END!

Lots of story, but stop kot tak nak cerita dah... Doakan aku dan dia ya. Doakan moga ada jodoh dengan dia ya.



Sincerely,
-tanpa nama-