Friday 20 January 2017

Catatan : End of Sem 5

January 20, 2017 0 Comments


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum w.b.t.
Hai guys, sihat? Semoga kalian sentiasa dalam lindungan-NYA. Aamin.
Aku rasa dah lama tak de new entry right? Lately so busy, Alhamdulillah dah settle kuliah/kelas, test, assignment, rubric, ospe and final exam. Semester 5 done. Doakan ye semoga untuk result nanti aku pass all that. Tak sangka pejam celik, makan, tidur, study, enjoy sana sini, rebah, jatuh, bangkit dah nak masuk semester 6 dah. Time goes so fast. Tengok lah, dah nak sampai penghujung bulan satu dah. Umur makin naik. Maka diri makin hampir dengan ajal. Allahuakhbar. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berbakti pada orang tua, untuk mengejar masa depan.

So hari ini, aku nak share life aku sepanjang aku untuk semester ni. Okey? Hahaha.

So for the first, semester 5 which semester yang mencabar untuk aku. Where for the first time my course start with new management, need to submit 80 assessment. Alhamdulillah, dapat submit 80 assessment. Tak tidur malam bila keesokkan nya nak submit. So, pengajaran yang aku dapat dari kelakuan aku itu haha first JANGAN BUAT KERJA SAMBIL LEWA OR LAST MINUTE. Iye la dah bagi cuti lama after long clinical posting, buat assessement kejap-kejap je. Bila dah sampai due date untuk submit baru kalut (orang Kedah cakap). Insyaallah, for the next semester tak buat macam ni dah. Menyesal bakhang. Second, GUNAKAN MASA DENGAN SEBAIKNYA, erm tu la time cuti banyak sangat makan, bila dah makan, tidur erm lepas tu tertangguh assessment, dugaan betul. Hahaha.


Untuk semester ni, 3 subject sahaja yang kami belajar. 3 sahaja relaks ar! 3 subject ni jugak la, buat aku nervous tak mahu-mahu wei. Senior pun pesan jangan ambik mudah dengan subject2 ni. Memang kalau tengok like the easy subject to learn, to study right. But to understand the each topic, need more struggle gais. And the importance is, group discussion is the best. Physiotherapy In Paediatric, Physiotherapy In Geriatric and Neurology 2. Syukur dapat faham all that subject even susah (semoga result nanti semua pass, aamin). Teringat ada sorang classmate, cakap “ALL IS WELL” before masuk ospe ary tu. Hahaha. Bila dalam kelas Paeds, mengingatkan aku pada anak-anak syurga dekat PDK, Gerik and dekat patients yang pernah aku rawat time pratikal dulu (Pusrawi, HSAH). Banyak kenangan kalau teringat dekat PDK Gerik tu. Sampai-sampai je situ, dah kena serang dekat anak-anak syurga ni. Spec kena ambik, nametag dibuat main. Haha, marah sikit kita dimarahkan balik. Dah lah comel-comel. Yang paling suka, anak-anak syurga ni dengar cakap, ikut semua yang disuruh. Suruh buat latihan itu ini. Dalam pengurusan kanak-kanak, kita more to play therapy. So main-main bola, susun mainan sama-sama. Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu kan. But, tak tipu serius best wei. Macam nak serbu je PDK kat kampung. 

Dalam kelas Geriatric, teringat satu hari ni, mana dah lah terkejut tidur lewat dari biasa. Pergi kelas macam dalam mimpi je, lewat 5 minit sikit. Baru je duduk, lect dah mintak student yang clinical dekat klinik kesihatan datang depan untuk share pengalaman dekat sana. Ya Allah, masa tu perasaan macam nak menangis hahaha, tapi Alhamdulillah semua nyer smooth je. Satu kelas gelakkan, harey tol. Hahaha. All is well. At this time, teringat akan pengalaman pergi clinic visit, home visit, buat program Kospen – bagi talk pasal physio “bab kata physio sep mu goreng la idea haha”.
Assignment for this sem, cukup mencabar and Alhamdulillah dapat siapkan sebaiknya. Maka senior yang dicari untuk membantu. Alhamdulilah, nasib sep-sep ye semua okey and tolong. Thanks senior.
Bila dah banyak kali keluar clinical posting, banyak ilmu yang akan diperoleh. So ini memudahkan pembelajaran dalam kelas. Contoh, bila dalam kelas pratikal bila lect ajar cara to do treatment for this patient’s or this case , menanmbahkan lagi pengetahuan dan betulkan balik apa yang pernah buat salah time pratikal dulu. Maka akan ada “Oh dah ad belajar and buat dekat patients dekat tempat pratikal dulu, la la la”. And at this time la, member-member akan share ilmu yang diorang dapat masa pratikal dulu. Alhamdulillah. Thanks gais.

Hubungan with classmates semakin rapat. Alhamdulillah. Ye la dulu, macam tak rapat kan. Akan label geng tu like sombong or whats. Tapi bila dah keluar clinical sama-sama, tak de la sombong. Ini adalah satu kebaikan dari clinical posting, dimana merapatkan hubungan antara satu sama lain (hubungan with other postingmates). Kelas pantang take 5 je mesti akan ada yang sempat take landing jap (termasuk aku). Lect lambat masuk sikit, or sambil tunggu lect masuk, pergh punya bising tu wow. Macam-macam yang disembang. Sampai kene sound banyak kali baru senyap haha.

Yang paling penting, dalam menuntut ilmu ni yang perlu dijaga hubungan dengan pengajar a.k.a lecturers kena jaga. Yang parents aku tekankan sangat. Dulu aku dah pernah rasa perangai jahat aku time secondary school dulu, mana aku tak respect la dekat teacher English aku, no hal la result PMR and SPM English aku cukup untuk kredit je. Lepas tu, communication in English giler broken teruk hahaha (slow-slow belajar balik). Serius wei menyesal doe. Thats why bila dah diberi peluang untuk further study dekat Univ in Diploma ( buat mereka yang mempertikaikan “ehleh diploma je pun” ), nak jaga sangat hubungan dengan lects semua. Tak berkat kot ilmu, bila tak respect lects/pengajar. Insyaallah, aku takkan sakitkan hati lects. Tanpa diorang/lects aku takkan ada di level  ni sekarang. Susah senang lects ada (time terkapai-kapai kelemasan dalam clinical, ada yang bantu). Jasa pengorbanan lects, begitu besar. Semoga lects  sentiasa diberi kekuatan dalam mengajar kami, sentiasa dalam lindungan-NYA, sentiasa sihat.  Dalam tak sedar paling aku takut, takut ada sakitkan hati lects. Allahu. Maafkan andainya ada menyakitkan hati lects.

Pejam celik ni, dah nak masuk Semester 6. Diamana ianya semester terakhir. Dalam tak sedar dah masuk last year (3rd year) dah dalam study ni. *maka tengok muka housemates a.k.a classmates macam sedih je pandangan tu kan*

Bae

Ini adalah geng aku. Yang sentiasa ada disaat aku jatuh tergolek dalam study, yang sudi dengar luahan aku, yang sudi dengar bebelan aku yang tak masuk akal hahaha, yang sudi layan perangai aku yang annoying sometime or maybe. Hahaha.  Thanks beb still with me until now. Wei giler sedih bila fikir dah nak habis belajar. Lepas ni (after sem 6), semua dah bawa aluan masing-masing. Semoga urusan kita semua, perjuangan kita semua diberkati, dipermudahkan dan diakhiri dengan KEJAYAAN. Aamin.  Dari dulu sampai sekarang orang kenal kita dengan geng motor, from Meru sampai pindah rumah lain pun still dengan title “geng motor a.k.a minah rempit” haha. Tapi dah update sikit.  Semoga ukhwah persahabatan yang terbina dari Semester 2 (2014) kekal sampai bila-bila. Sampai kite kerja, tunang, kahwin, dah ada anak, cucu, cicit, cuit, puit dan sampai ke syurga.

So for the conclusion, korang ambik lah pengajaran dari cerita aku ni. Perangai negetif aku jangan di ikutkan haha. Okey! Semoga ALLAH S.W.T memudahkan kehidupan kita, diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang bakal datang, dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga setiap pengorbanan kita di akhiri dengan kejayaan. Semoga kita sentiasa bersama dengan orang-orang yang kita sayang.

Maafkan segala salah silap ok. Nanti aku nak updates satu lagi new entry pasal “cinta” aku yang entah kemana okey, so stay tune gais. Tak malam ni, malam esok ke. Thanks sudi baca. Any comment or cadangan boleh comment kat bawah okey. Muah sikit.

-niknsyaf-