Monday 25 December 2017

Catatan : Alif Lam Min

December 25, 2017 0 Comments
Pernah terbace yang:

Perkara jodoh tu macam "Alif Lam Mim" dalam ayat pertama surah Al Baqarah. Maknanya hanya Allah yang tahu.

So,

Janganlah kerap bertanya padaku bila dan bila dan janganlah jugak membandingkanku dgn kawan2 atau saudara2 yg lain.

Takdir hidup kita tak sama.

Sunday 3 December 2017

Catatan : Beza kita

December 03, 2017 0 Comments
 3 DECEMBER 2017 | Kemaman. TRG


Sukar untuk  melupakan kau. Aku cuba. Dari hari ke hari aku mencuba. Cuba dan terus mencuba. Makin aku cuba, makin sukar untuk melupakan kau. Makin aku cuba, makin aku sayang kau. Apakah semua ini? Kenapa aku?

Istimewanya kau bagi diriku. Sehingga aku buta untuk memandang orang lain. Ya Tuhan kuatkah aku? 
Apa yang harus aku lakukan. Beri aku kekuatan. Aku tidak mampu untuk menipu diri ini. Orang lain mungkin ia, tapi keluarga dan sahabat baik tidak.

Aku takut, takut akan kehilangan rasa hormat aku terhadap kau. Aku takut aku akan kehilangan kamu tapi andai ianya terjadi aku kena redha. Itu

Tika sendirian, wajah kamu akan terbayang. Tak pernah aku niat begitu, tapi ianya hadir tanpa aku sedar. Orang sekeliling kadang membuatkan aku teringat pada kau. Senyuman yang pernah terukir.
Iyer, aku bodoh. Bodoh kerana pernah jatuh cinta pada kau. Bodoh kerana tergila-gila kan kau. “Perigi mencari timba”. Ia itu aku. Makin kau lari, makin aku kejar. Aku kejar dengan doa.

Aku sedar. Kau dan aku, jauh bezanya. Kita berbeza dari segalanya. Mungkin kau adalah lelaki yang aku cari selama ini. Ciri-ciri yang aku inginkan ada pada dirimu. Kerna itu, hati ini buta, buta untuk memandang kumbang yang lain. Tapi aku kuat, dan aku percaya akan ketentuan yang Tuhan tetapkan.

Aku sedar. Kau makin jauh dari aku. Kau tak seperti dulu. Kau makin cuba jauhkan diri dari aku. Kau tak seperti yang aku kenal dahulu.

Aku lakukan apa yang kau mintak meski ada yang sibuk ingin mengetahui. Aku simpan segalanya sebagai rahsia, yang kau pinta dari ku untuk menyembunyikan nya dari pengetahuan orang lain. Aku bohong pada semua orang, kerna aku terlalu gilakan kau.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering sangat teringat pada kau. Sehingga kau muncul dalam mimpi ku. Apa maksud semua ini? Ya Tuhan. Beri aku kekuatan dan aku takut.

Wahai hati, tolong berdikari. Wahai hati, jangan mudah kecewa dan jangan cepat mengalah. Ini perasaan yang biasa dalam kehidupan seseorang manusia. Ajar diri ini mencintai tuhan terlebih dahulu sebelum mencintai lelaki itu. Doakan gadis itu.

Aku Sekeras Hati Berlawan, 
Untuk Buat Hati Kau Tertawan.
Tapi Aku Tersedar Satu Hal,
Perasaan Itu Tidak Bleh Dipaksa,
Jika Ada, Ada. Jika Tiada, Tiada.

                                                                           Penagadissepi.blogspot  ©