Wednesday 14 December 2016

Catatan : Cinta

December 14, 2016 0 Comments


“Assalamualaikum cinta.”

     Tak bisa untuk aku ungkapkan hal yang sebenarnya dan tak bisa untuk aku luahkan kata-kata ini. Aku lemah. Aku tidak kuat. Aku beza. Beza dengan manusia-manusia lain diluar sana. Sesungguhnya setiap orang lain, beza personalitinya. Jangan pernah menyamakan antara aku dan orang lain. 

     Aku sendiri tidak tahu bagaimana diri aku ini, susahkan. Aku sendiri tidak faham, mengapa mudah untuk aku meminati seseorang. Walhal aku tidak kenal dia dengan jangka masa yang lama, singkat perkenalan kami. Itu pun hanya kerana kawan dia.

     Aku tahu dalam aku tidak menyukai orang, lebih ramai orang tidak menyukai aku. “hidup ada pasang surutnya.”

    Pedamkan sesuatu perasaan  itu, perasaan cinta itu adalah hal yang amat memeritkan dan menyakitkan hati. Sesungguhnya ini adalah kali kedua bagi aku. Meminati seseorang lelaki. Kalau dulu aku meminati seorang lelaki yang mana dulunya aku dan dia hanya kawan, kawan yang rapat. Tapi itu sudah lepas, hilang kemana entah perasaan itu. Aku bersyukur akhirnya aku sudah “move on” dengan dia ni.

     Tapi dimana saat aku sudah Berjaya lupakan dia ni, hadir yang lain. Yang mana hadirnya membuka kembali pintu hati aku untuk pandang kembali lelaki. Tapi ini lebih teruk kerna aku telah jatuh cinta. Serius bro, senyuman kau memang kaw la. Banyak yang istimewa pasal kau, yang mana telah membuat hati aku tertarik pada kau.

    But who I’m  untuk menagih cinta dari kamu. And who am I to captivate you. I realize that myself, indeed so different from you. When I talk my friends that the age between you and I too dissimilar. Dan kau nak tahu apa jawapan diorang “ jauhnyer beza,kalau jodoh tak kira umur”.

     Jujurnya, memang terkadang diri ini cemburu pada kawan-kawan. Yang dimana mereka sudah ada “teman istimewa”. Cukup bodoh untuk aku cemburu pada hal sedemikian. Tapi itu hakikatnya. Ya, bila tengok kawan-kawan, keluar “dating” bagai, nak jugak rasa hahaha. Tapi aku tidak tahu apa bestnyer pun semua itu. Boleh ceritakan tak?

     Terkadang ada pertanyaan daripada kawan-kawan, “Beb, bila nak ada boyfriend?”
Tak ada soalan lain ke kau nak tanya aku hah? Hahaha. Peril aku ke ape hah? Jodoh pertemuan semua telah ditetapkan dan kita sebagai manusia harus sabar menunggu sahaja. Belum sampai masanya, mungkin Tuhan nak aku belajar lebih mantang, dan tidak kecewa di usia semuda ini. Tak semestinya, BF kau sekarang ni adalah bakal suami kau suatu hari nanti. Pernah tak dengar, bercinta bagai nak rak dengan ‘lelaki lain’, bertunang dengan ‘lelaki lain’, berkahwin dengan ‘lelaki yang bukan tunangnya dulu’. Looks, perancangan Tuhan cukup berbeza pada perancangan manusia itu sendiri. Dan siapakah kita sebagai hamba untuk mendustakan semua itu? Perancangan dari Tuhan adalah yang terbaik. Lebih indah. Bukan aku untuk membantah apa pandangan korang, tapi ini dari apa yang aku baca, lihat dari sekeliling aku. Jangan risau, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kawan-kawan aku, dimana semoga hubungan yang korang jalinkan itu kekal hingga ke ‘akad ijab dan qabul’ seterusnya hingga ke syurga.

    Ada sebabnya mengapa ibu bapa ku bertindak sedemikian dimana sering menasihati aku supaya jangan bercinta lagi seusia ini. Tapi aku tewas Mama, Abah. Tewas pada perasaan ini. Aku telah mencintai seseorang dalam sedar Mama dan Abah tidak tahu.

    Terkadang aku terfikir bagaimana penerimaan mereka seandainya suatu hari, mereka dapat tahu yang aku telah jatuh cinta. Ada kebaikannya untuk aku, mengapa mereka melarang untuk aku mempunyai “teman istimewa” di usia aku masih menuntut ilmu. Ialah aku anak sulong, sesungguhnya tanggungjawab itu besar.  

     Tapi aka ada persoalan lain, “ wei beb ade je anak sulong yang couple? Okey je. Parents tak marah pun bagai”. Aku faham mengapa parents aku begitu. Kisah percintaan mereka cukup indah. “Cinta lepas NIKAH”. Dimana perkahwinan itu ditetapkan oleh orang tua mereka merangkap atuk-atuk dan nenek-nenek aku. Hahaha. Biasalah orang dulu-dulu. Jadi mungkin mereke tidak mahu anknya disakiti oleh perasaan cinta seusia ini, dan mungkin mereka tidak berpengalaman untuk itu.

     Staring blankly ahead and just making my way through the crowded and  I need you and I miss your smiles. If I fall into the sky do you think time would pass me by? It’s always times like these when I think of you. And I wonder if you ever think of me. Cause everything is so wrong and I dont’t belong living in your  precious memory.

    Cause I need you, I miss you, bro. I lost in you mind and I wanna know am I losing in my mind too? Please never let me to stay crush on you. In unconscious mind and I’m awake wanna feel the last time of the memories with you.

    Cukup susah untuk aku move on buat kali ini. Susah. Tapi jangan risau aku sentiasa cuba. Tapi saat dimana aku tekad, banyak sahaja yang mengingatkan aku pada kau. Muncul lelaki yang jika dipandang seiras kau bro. Motorbike yang warna sama dengan motorbike milik kau, akan muncul. Sepanjang perjalanan aku drive dari Kedah hari tu untuk pulang ke Ipoh, banyak kali aku terserempak dengan mat-mat motorbike. Hahaha. Nak move on bukan senang, lagi-lagi jiwa yang setia.

Aku sentiasa belajar untuk mendongak ke langit saat aku sedih agar air mata aku tidak akan jatuh ketika aku menunduk memandang kebumi. Terima kasih. Agar kita dipertemukan kembali suatu hari nanti.

-niknsyaf-