Monday 29 May 2017

Catatan : Tulus

May 29, 2017 0 Comments

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

29 Mei 2017 / Ipoh, Perak.

 Tulus. Tulusnya dan ikhlasnya Si gadis itu dalam mencintai Sang dia, malah siapa tahu akan itu. Sang diam tidak mengetahui hal itu. Dipendam sedalam-dalamnya. Menahan sakitnya itu sendiri, meski dia rebah akan satu saatnya takkala diri lemah. Kerna ia, sama macam manusia lain yang mudah lemah, kecewa dan bersedih. Lalu bangkit kembali kerna yakin akan ada cinta yang sebenar, cinta yang lebih patut di utamakan, cintanya pada tuhan, pada nabi, pada agama, pada keluarga. 

Rindu dan serindunya pada sang dia tapi siapa gadis itu untuk merindui dia. Merindui seseorang yang bukan miliknya. Sakit ya tuhan... *crying*

Lelaki begitu mudah bercakap manis sehinggakan seorang gadis mudah untuk jatuh hati. Tapi bagi gadis itu, bukan kerna hal itu. Saat pertama kali berjumpa, dia merasakan sesuatu antara dia dan sang lelaki itu. Lalu dia menyukai lelaki itu dalam diam. *mendiam seketika*

Siapa gadis itu untuk menaruh cinta dari lelaki itu? Jauh rupanya, jauh gayanya. Bukan seseorang yang pandai memikat hati. Hanya manis berkata-kata pada laman social. Gadis itu cukup kuat meski sering dikecam oleh para sahabat, kenalan terdekat. Ada yang meminta untuk dia meninggalkan, melupakan sang lelaki itu tapi dia tidak mampu. Bukan tidak mencuba, tapi sering gagal.

Gadis itu sering berharap agar, sang lelaki itu muncul kembali dalam diri ini. Muncul walhal untuk seketika cukup memadai buat diri gadis itu. Berikan dia kesempatan untuk meluahhkan segala yang terbuku dalam hatinya. Doa menjadi kekuatan diri gadis itu. Kerna dia yakin akan ada yang terbaik dalam dirinya. Tuhan sudah merancang yang terbaik mungkin belum tiba masanya untuk semua itu.

Ada tikanya, sang lelaki itu muncul dalam mimpi walhal sesaat ada kalanya, muncul namanya di telefon bimbitnya. Dia merasakan itu realiti tapi hanyalah sekadar mimpi. Sering dia berharap agar mimpi itu menjadi kenyataan dan terus berangan, berangan dan berangan.

Gadis itu begitu mengambil berat tentangnya walhal dia sedikit pun tidak mengambil tahu akan gadis itu. Jangan sampai tiba satu saat, hati gadis itu membeku. Jangan sampai satu saat gadis itu tidak mengenali sang lelaki itu. Perhubungan yang tergantung sama ada sebagai “rakan”, “kenalan”?

Munculkan lah lelaki yang seperti dia dalam diri gadis itu, lelaki yang menghormati kedua orang tuanya, menghormati ibunya, menyangi ibunya melebihi segalanya. Yang menjaga syurganya sebaik-baiknya. Yang menjaga agamanya, yang berkerja keras demi kehidupannya. Kerana itu, adalah pilihan utama si gadis itu.

stay Strong Even Its So Hurt
Semakin dibenci, Semakin aku rindu. Rasa hati ini, sudah tak menentu.
Aku benci tapi ku rindu, Aku rindu sama kamu dan sering ku cuba untuk melupakan mu.
Tapi ternyata aku masih rindu .