Saturday 22 April 2017

Catatan : Terpenjara Dek Boneka 1.

April 22, 2017 0 Comments



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

22 April 2017, 12.00 p.m. 

“Cinta. Cinta adalah perasaan yang perlu ada pada setiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit. Cinta tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya indah. Cinta mengajar kita saling menghargai. Cinta yang sejati, cinta yang tidak akan mati. DIRGAHAYU CINTA.”                 

Waktu tak mengizinkan pertemuan mereka. Pertemuan itu hanya sementara sahaja. Siapa mampu untuk semua itu.  Sebulan perkenalan antara perempuan ini dan lelaki itu. Dalam tempoh itu, pertemuan antara mereka tidak banyak, hanya jarang-jarang. Itupun atas urusan kerja. Tapi bagi perempuan itu, meskipun hanya tempoh sebulan perkenalan tapi baginya begitu lama sudah perkenalan itu. Lama. Ingin diceritakan kisah pertemuan mereka, pertemuan yang langsung tak dijangka sedikit pun. Allah S.W.T yang merancang semua ini. The story start with the first day pertemuan mereka. Diruang Accident and Emergency (AE) di sebuah pusat perubatan kerajaan, datang lelaki itu menyapa perempuan ini yang sedang leka melihat suasana di dalam ruang itu, yang sedang memerhati para perubatan merawat pesakit yang cedera. Bersandar pada almari yang penuh dengan ubat-ubatan dan alat-alat lain, branula,picagari, kapas, micropore and else. Datang lelaki itu memakai jaket hitam kelihatan lambang KKM di jaket tersebut, memakai mask lalu menyapa perempuan ini, tanpa memberi salam. Perbualan antara mereka hanya dalam 5 minit atau 7 minit. Pandangan matanya, ALLAHU. Kaku si perempuan itu terdiam sekejap lalu menjawab segala pertanyaan lelaki itu. Meskipun cuba menahan rasa kaku dan nervous dengan tenang.  Denyutan jantung begitu laju, maybe 110 bpm?  Tapi perempuan itu masih berdebar sedangkan lelaki itu sudah pergi meninggalkan ruangan AE itu. Ketika itu, si perempuan itu langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Berkerja sebagai apa di pusat perubatan itu. Mengapa dia bertanyakan soalan-soalan itu. Lalu bermacam-macam persoalan bermain di fikiran perempuan itu. Sehinggakan perempuan itu membuat keputusan untuk bertemu kembali dengan lelaki itu untuk mendapatkan jawapan untuk segala persoalan dalam fikirannya.  Ditakdirkan, ALLAH permudahkan segalanya. Ketika perjalanan perempuan itu menuju ke ruangan parking kereta, dalam masa yang sama lelaki tersebut berjalan menuju ke ruangan yang sama seperti perempuan itu. Masih berpakain yang sama kecuali mask sudah tiada bersama. Dengan berani dan buang segala perasaan malu ke tepi, perempuan itu menegur kembali lelaki itu dengan memulakan salam, Assalamualaikum. Itu adalah pertemuan kedua antara mereka untuk hari tersebut. Lelaki tersebut tetiba tersipu malu, sambil mengangkat tangan menggosok kepalanya. Tapi perbualan antara mereka tidak lama, kerana perempuan itu harus menjawab panggilan dari bonda tercinta. 

Meski pertemuan kali kedua itu juga seketika, cukup menjawab segala pertanyaan soalan-soalan yang bermain difikiran perempuan itu. Mulai hari itu, perempuan itu mula meminati lelaki itu. Lalu menyimpan segala perasaan terhadap lelaki itu sendiri tanpa siapa mengetahui nya. Dalam masa yang sama dia cuba membuang segala perasaan itu tapi tidak, banyak pertemuan kembali dengan lelaki itu sepanjang berada disitu. Ada kalanya ianya hanya lah gurauan. Tapi perasaan itu terperangkap dalam diri perempuan itu ibarat “terpenjara dek boneka”. Sehinggalah suatu hari, semua itu terbongkar , di ketahui oleh rakan-rakan perempuan itu  bahawa selama ini, perempuan itu menyimpan akan perasaan terhadap lelaki itu. Seorang kenalan pada perempuan ini meminta agar sebelum tidur , baca doa tidur seperti biasa tapi baca Alfatihah, selawat dan sebut nama lelaki itu. Apa yang perempuan itu dapat, jawapan nya melalui mimpi. Perempuan itu melihat lelaki itu dalam mimpinya. Perempuan itu tidak berharap apa-apa. Jika ada, ada. Tapi tidak bermakna tidak berusaha.

Do good, and good will come to you.


Apa yang menyebakan si perempuan itu jatuh hati pada lelaki itu? Sehinggakan begitu kuat perasaan itu untuk dibuang. Apa yang terjadi antara mereka hingga saat ini? Apakah kisah diantara mereka terkini? Adakah kebahagian milik perempuan itu? Next, akan ada sambungan antara kisah mereka. Stay tune, for sambungan “Terpenjara Dek Boneka 2”. Thanks for reading my blog. Any comments or suggestion, please mention in comment box below okey. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri ini.

Tuesday 4 April 2017

Catatan : Move On

April 04, 2017 0 Comments


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

4 April 2017, 9.42 p.m. 
Assalamualaikum. 

6 perkataan yang mudah untuk disebut. Tapi susah untuk dijelaskan dan susah untuk dilakukakan. Ianya, MOVE ON.

Move On? Ape tu? Move on ni banyak maksudnya. Tapi kebiasaannya, move on ni untuk orang-orang yang putus cinta sebab ini adalah time yang terbaik untuk diorang. Ada orang cakap untuk “move on” ini susah. Adakah betul? Okey boleh comment kat bawah, hihihi.

Move = Gerak. On = Atas. Move on = bergerak kedepan. Tapi dalam bahasa lain (bahasa sweet gitu) melupakan seseorang dan membuka hati pada yang lain. Hopefully, sekmung faham lah ye.

This is a good time untuk aku move on dengan perasaan aku terhadap kau. Sakit, mesti. Kecewa, mesti. Pedih, mesti. Ini yang terbaik untuk aku. Because, i deserve better than him. Kumbang bukan seekor. Meski, untuk cari kumbang yang mirip dengannya, yang ciri-ciri yang aku inginkan ada padanya susah. This is cabaran untuk aku. Ada lagi yang lebih baik darinya. Percayalah! Walhal aku tidak tahu adakah kau tahu atau tidak perasaan aku ini. Tapi, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku move on. Bukan sebab penat ke apa. Untuk makluman, dah lama aku cuba untuk move on dari kau. Tahu tak? Tak boleh. Kuat betul kau ni kan.

Aku cuba fahami naluri hati ini. Ada masanya aku cuba positifkan kata hati ini. Aku cuba positif setiap kali ada orang cakap hal kau. Tapi bila saat ini, tidak lagi. Sebab kau dan aku berbeza. Untuk lupakan semua ini dalam masa terdekat, maaf aku tidak mampu. Aku perlukan masa yang sangat lama. Second time aku kena move on kot beb, siapa mampu. Hahaha. Tapi aku rasa untuk kali ni lama jugak lah to take time. But doakan yang terbaik. But, kau dan aku masih kawan kan? Hopefully. Cepat2 kawen eh tapi jangan lupa jemput aku tau.

Terima kasih untuk 146 hari yang lepas, atas segalanya. Terima kasih sudi rasa masakan aku, layan perangai aku. Mintak maaf la kalau aku bagi treatment mase kau injured dekat padang terkasar ke. Hahaha. 

p/s : pape pon hidup kene kuat. Kalau diri tu dah macam RnR sabor je lah. Senang datang senang pergi. Kata aku, mudah sahaja. Kalau ada, ada okeng. Jodoh tak kemana. Lets focus study, last year dah, last sem dah.