Saturday 18 March 2017

Catatan : Selepas 146 hari.

March 18, 2017 1 Comments
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم


16 March 2017, 8.53 p.m.

Assalamualaikum.


Selepas 146 hari.

Setelah sekian lama menyepi, kau kembali. Macam tak percaya je dengan mesej tu. Tak expect pun yang kau akan mesej balik. Aku tengok mesej tu ¾ kali jugak sebak still tak percaya. Apa nak balas ni? Selawat, mengucap and then baru aku balas. Btw, memang tak perasan pun mesej kau, sebab aku baru check phone balik pukul 10.30 macam tu (lepas tu baru balas).

Syukur kau masih ingat aku. Ingatkan dah lupa aku dah. Tapi yang masih menjadi persoalan dalam kepala aku ni, mengapa secara tiba-tiba kau mesej aku? Apa yang membuatkan kau untuk mesej aku? Erm, takpe abaikan. At least ada juga khabar dari kau. Dari dulu and now, tak sudah dengan perkataan maaf. Haha. Its okey lah, lagipun aku tahu masalah kau dulu.  Don’t worry.
 
2 hari sebelum kau mesej aku, kau muncul dalam mimpi aku. Ya Allah, tak percaya. Sahabat ada tanya, “beb kau buat istikharah ke? Dah dapat petunjuk awal tu..hahaha”. Ya Allah, sahabat ni berfikir sampai ke situ pulak, setakat ni tak buat istikharah lah. Cuma berdoa sahaja, mohon yang terbaik tentang perasaan ini. 

At least kau still ingat aku, dah bersyukur sangat-sangat. Aku malas nak ajar hati ni berharap dan menanti. Kalau ada, ada lah. Kan? Sebab penantian itu menyakitkan, memenatkan.

p/s : phone Asus Zenfone 5 aku buat hal, both simcard tak detect. Tapi untuk wassap, insta, facebook, twitter still boleh main la.  Buat sementara pakai phone Samsung macam nokia 3310 tu. Nak dijadikan cerita, letak phone tu dalam beg and bawok motor g tempat pratikal dan malam baru perasan yang phone tu p hantar mesej kosong sampai 4 kali dekat dia. Wei harey j betul, malu kot. Naseb dia memahami. Takut pulak nanty dia fikir ape kan.

Saturday 4 March 2017

Catatan : Ego? Terus menunggu.

March 04, 2017 0 Comments



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum.

Ego? Bapak tinggi kau punyer ego. Adakah aku yang ego sekarang ni? Atau kau? Atau mungkin kita sama-sama ego yang tinggi. Aku tak kenal kau dengan lebih lama dengan lebih rapat, dan tak mungkin untuk aku katakana kau ego. Kenal hanya sebulan selepas itu aku diam dan kau lagilah terus diam. 

Okey before cerita dengan lebih panjang, apa itu dimaksudkan dengan ego. Persepsi  seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya / sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. / perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain.. ( p/s : sumber from google okey )


Ego, perempuan or lelaki. Yang mana mempunyai ego yang lebih tinggi? Kadang aku fikir dua-dua mempunyai ego yang tinggi. Bezanya Cuma cara kita sendiri dalam mengawal keegoaan itu sendiri. Seringkali ego ini manusia kaitkan dalam perhubungan percintaan. Betul ke? Aku setuju dengan pandangan segelintir manusia itu. Bila ego bertemu ego apa jadinya? Aku merasakan ibarat api bertemu api, so bukan ke bertambah marak apinya nanti.


Jujur untuk aku katakan, YES aku memang ego. Ego dengan pendirian aku. Ego akan perasaan aku. Sehinggakan sanggup biarkan hati dan jiwa ini terus terseksa dek kerana perasaan cinta. Ada yang mengatakan aku ini ego. Biarlah ego itu ada. Daripada aku buang ego itu, nanti aku yang terima padahnya.

Dek kerana ego itu, aku sanggup untuk terus menunggu dia. Aku kena bersedia akan apa yang bakal terjadi suatu hari nanti. Mana tau dia sudah berpunya kekasih hati, mana tahu dia bakal bertunang entah-entah bakal berkahwin. Ya, aku hanya manusia dimana aku hanya mampu untuk merancang walhal Allah S.W.T telah tentukan segalanya. Sama ada ianya awal atau lambat sahaja.

Ada diantara rakan-rakan yang sering memberi kata-kata semangat tentang hal itu. Terima kasih. Tapi jika keberanian tiada dalam diri, tidak akan. Hah, Alhamdulillah kau disana sihat-sihat sahaja. Syukur. Siap main gitar lagi. Ok, bila awak nak mainkan gitar lalu nyanyikan sebuah lagu untuk saya? (abaikan pickupline yang tidak menjadi tu). Itupun aku dapat tahu dari kawan kau.




Sehingga sekarang aku merasa bodoh. Bodoh kerana meminati kau. Dari hari pertama ake kenal kau, aku dah mula minat kau. Tapi ya, aku malas nak memanjakan perasaan hati aku ini. Now, looks. Ego right!

Seringkali aku berangan yang aku harap-harap sangat kau muncul depan aku. Tapi itu Cuma hanyalah angan-angan. Yang tidak akan terlaksana. Tapi aku takkan pernah putus asa untuk terus berangan, dan sering aku katakan “mana tahu tercapai semua itu, suatu hari nanti”.

Sehingga sekarang aku cuba untuk lupakan kau, tapi tidak mampu bro. Tak mampu. 4 months yang lepas aku contact kau and untuk sekarang tak akan. Sebab aku cuba untuk jaga perasaan, maruah kawan-kawan kau, kawan-kawan aku dan family. Dan aku katakan, aku akan terus menunggu kau. Insya-Allah.

Salam dari jauh, di Alor Setar, Kedah | 5 March 2017 | Ahad

P/S : Any comment or cadangan boleh comment kat bawah okey. Stay calm, positive, strong!

Friday 3 March 2017

Catatan : Birthday shout out to Myself!!

March 03, 2017 0 Comments



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum.

“ Happy birthday to me, Allah selamatkan kamu and tiup lilinya. Happy birthday to myself yang ke 21 tahun. “


Tarikh 25 Febuary 1996, seorang puteri telah dilahirkan di Hospital Kemaman pada pukul 2pagi  (macam tu lah). Puteri itu dilahirkan oleh seorang wanita yang begitu kuat. Wanita itu ialah seorang “Ibu”. Yang sebelum ini kesana kesini membawa perut yang makin membesar selama 9 bulan 10 hari. Tanpa merintih penat sedikit pun. Menahan kesakitan di dalam bilik lobor room. Kesakitan itu hanya beliau sahaja yang merasakan. Antara sakit yang amat sakit, bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Ditemani oleh nurse-nurse dan doctor. Seorang lelaki yang dipanggil “ayah” begitu resah menanti saat bahagia di luar labor room itu. Disaat kegelisahan, ketakutan menguasai diri ibu dan ayah, saat yang dinanti-nanti akhirnya. Alhamdulillah, puteri pertama dalam keluarga itu selamat dilahirkan. Kedengaran suara si anak kecil menangis di dalam labor room. Dan puteri itu diberikan nama Nik Nur Syafiqah


Nik, Along, Kakak, Syafiqah, Syaf

Alhamdulillah, pada tanggal 25 Febuary 2017, aku telah pun berusia 21 tahun. Pejam celik pejam celik, dah 21 tahun aku. Allahu sekejap je. Tak sangka dah umur 21 rupenyer. Rasa macam semalam je habis SPM, rasa macam semalam je daftar masuk study dekat UniKL ni.

Firstly, terima kasih mama, telah lahirkan saya di dunia ini, besarkan saya. Terima kasih kepada lelaki pertama dalam hidupku iaitu, abah. Telah bersusah payah mencari rezeki selama ini, melindungi diri ini, membesarkan diri ini. Pengorbanan mereka cukup besar. Bersusah payah demi membesarkan anak-anaknya. Redah hujan panas mentari.  Sakit penat lelah selama ini. Perit kesakitan ditempuhi dalam diam. Tanpa berkat doa, susah payah mama dan abah, aku takkan ada sampai ditahap ini.


Second, thank you to all my friends untuk ucapan-ucapan birthday hari tu. Dan tak lupa juga untuk suprise-suprise. You all made my day so wonderful. Tak pernah dapat suprise macam ni. Terharu hakak tau. Terima kasih masih bersama dengan aku saat susah senang aku. Layang perangai annoying aki yang teruk giler. Sanggup dengar ritihan aku saat aku stress giler. Sanggup dengar cerita karut aku bagai. Thanks wei.Terima kasih untuk semua doa. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan-Nya.



Semoga aku terus kuat untuk menjalani kehidupan yang makin tercabar.  Semoga aku sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang aku sayang ( including mung yang jauh nun disana hahaha), berfikiran lebih matang,semoga  jangan mudah untuk kecewa dalam hidup. Especially, jangan mudah kecewa dengan hati dan perasaan.


Insyaallah tahun ni akan habis study diploma, doakan ye semoga aku lulus dengan jaya untuk last semester ni. And grad on time. (nervous juga dah last sem ni, kene focus 100% no main-main dah)

Salam dari jauh, di Alor Setar, Kedah |4 March 2017 | Sabtu.

P/S : Any comment or cadangan boleh comment kat bawah okey. Stay calm, positive, strong!