بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
29 JULAI 2017 | KEMAMAN,
TERENGGANU
Ya. Cinta tak boleh dipaksa malah
ianya mampu untuk dipupuk dan disemai kan? Dalam diam disemai dengan doa-doa
yang tidak putus serta doa yang ikhlas. Insya-Allah.
Cinta itu suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Cinta pada tuhan, Nabi, agama, keluarga dan seseorang lelaki/wanita
yang ingin dijadikan pasangan hidup. Cinta adalah perasaan yang tak dapat
dilihat dan dijelaskan tapi ianya boleh dirasai. Cinta itu lagi manis
seandainya, ianya diredhai oleh Allah dan direstui oleh ibu bapa. Cinta adalah
segalanya, ianya hadir tanpa diundang. Keikhlasan rasa cinta kan membangkitkan
seribu kekuatan dalam jiwa dan diri. Cinta itu memberi seribu rasa, tidak pelik
kalau dikatakan cinta itu keterlaluan kadang kalanya.
Bagi aku, bercinta lah kau
setinggi mana. Tapi bercinta lah kau atas landasan agama. Hubungan itu jagalah.
Jangan dicemari dengan kelakuan yang memburukkan pandangan mata manusia lain.
Ikhtilat itu jaga. Pandangan mata itu jaga. Bercinta lah kau dan jangan sampai
kau bersentuh-sentuhan. Ini nasihat untuk diri aku sendiri dan kalian.
Mungkin akan ada yang berkata :
“Cish sembang kencang minah ni,
nanti kau dah bercinta kau sendiri pengang2 tangan bagai, bersentuhan. Time tu
kau dah lupa apa tu semua! Mampus lah kau”.
Ya, tapi kita boleh elakkan ? kita
kuatkan kembali iman kita rights? Sebab itu aku tak berani menasihati
rakan-rakan lain kerna aku takut. Aku takut ianya terjadi pada diri aku. Ya aku
tak pernah bercinta TAPI tipu untuk katakan aku tidak pernah jatuh cinta.
Apa beza antara suka, sayang dan
cinta?
So aku cerita, ni apa yang aku
baca dari web/blog “BAITULJANNAH.COM”.(so sape yang nak cari jodoh boleh
pergi web tu and isi form ye)
Suka boleh dikatakan menuntut. Dimana
pada saat kau sukakan seseorang, kau akan berusaha dan malah kau mungkin akan
memaksa dia untuk menyukai kau kembali. Suka apabila kau lihat dia dan lalu
berkata “cantik/hensemnya dia”.
Sayang. Sayang dikatakan memberi dan
menerima. Sayang apabila kau lihat dia dengan melihat melalui budi pekertinya,
tingkah lakunya bukan hanya dari luarannya. Once kau dah sayang seseorang tu, bila
dia sakiti hati kau, kau akan menangis untuknya. Pada saat kau dah sayangkan
dia, kau akan biarkan dia untuk buat pilihan yangg dia mahu.
Cinta, cinta adalah bila kau lihat dia
dan kau cakap dalam hati kau “jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah
Tuhan berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanaya.”
Once kau dah cintakan seseorang and dia sakitkan hati kau, kau takkan sakiti
hati dia balik and hanya berkata dalam hati “its ok, mungkin ada sebab dan
dia tidak sedar apa yang sedang dilakukan”. Pada saat kau dah cintakan dia,
kau akan sentiasa tunggu dia dengan penuh kesetiaan walaupun ambik masa yang
lama. Secara ringkas, perasaan cinta itu apabila kau menemaninya pada bila-bila
masa yang kau perlukan dan kau langsung tak kisah keadaan dia time tu sebab
bagi kau dia sangat penting. Kerna cinta adalah memberi dan menerima dengan
rela hati.
Jujur untuk aku cakap, dulu aku
hanya suka pada dia TAPI lama kelamaan aku melihat dia aku telah jatuh cinta
pada dia. Awak, maafkan aku.
For this time I did it. Confess
this feeling to a guy. A man with different characteristics. And the features
complement 60% of my choice men. Before I decide to do it, I've made the best
and the right decision. I believe in this word of myself and ianya bukan 100%
dari kata hati. Mengapa aku berbuat sedemikian? Sampai bila untuk terus hidup
dalam bayangan perasaan itu sendiri, sampai bila untuk menyembunyikan perasaan
itu, pendam sorang dan menangis sendiri.
Apa pun jawaban yang bakal dia katakan, aku terima dengan hati yang
terbuka. Pahit akan ku telan dan manis akan ku simpan. Life must go on. Chills
and keep positive beb. Tak salahkan jika perempuan memulakan dahulukan?
Alhamdulillah, Allah permudahkan
urusan ku. Ketika jari jemari ini gigih menaip chat untuk kau, debarannya amat
tinggi. Dibaca ulang kali, apa yang patut aku nyatakan. And finally, I send it.
Selepas 11 jam kemudian, baru kau seen aku punya chat. Tapi kau tak percayakan
aku dan kau nyatakan aku bermain dan ingin kenakan kau. Sedihnya. Bila orang
serius, dia ingat kita main-main. After i trying to explain and tell he this
feeling is serious and bukan main-main,
kau nampak jugak macam tak percaya tapi its okey. Aku redha haha. And
kau cakap, “kenapa tak bagitahu awal-awal kalau tak dah ada awek nak ajak
tengok wayang ke?” aku ingat kau bergurau, dan aku hanya balas “kau
memang” (dalam nada bergurau ye). Tapi kau nyatakan “aku pulak, kau lah. Aku
mne taw perasaan pmpuan ni”.
Hahaha. Aku hanya mampu balas
ketika itu “aku pun tk tahu cm ne perasaan lelaki and kau mesti ada someone
specialkan” (dalam nada yang agak sedih). Dan kau. “klau ada awek pun
boleh je kan kawan, kluar makan”. This time, awak aku serius lah beb, bukan
main! Aku, “tak psl2 awek kau mri serang aku bgai nanty” dan kau “nape
pkir –ve je”.
When i asked how about your
expectation after you know about this, ya before this mesti kau cakap eh budak
ni wassap, mesej aku as kawan je tapi sebenarnya dia simpan perasaan kat aku
la.
Dia cakap “entahlah, aku aspect
student mcm kau, n* mesti minat m* lagi, ye la m* kan famous mesti taste korang
macam tu”. Eh please la, bukan taste aku mungkin taste orang lain. Kau pun
tahu why aku tak minat m*. Mak cik aku pernah kenalkan seorang student m* kat
aku, siap bagi no fon aku lagi. First, aku tak suka orang bagi no fon aku tanpa
izin aku, second aku tak suka dkt dia. Jangan pernah paksa aku. Aku friendzone
mak cik aku berbulan-bulan, mak cik lain pun friendzone mak cik aku tu haha.
“baguslah kau, berani sebab jujur
dengan aku”
“ya, aku beranikan diri sebab
sampai bila nak hidup dalam bayangan sendiri kan, dan apa2 jawapan yang dberi
kene terima seadanya”
“Bagus tu bagus dah, tapi kalau
kau tanye aku, aku mintak kau kerja dulu bukan sebab aku dah ada ade awek ke
tak, aku xde sape2 skrang. Tapi aku nak kau kerja dulu, jumpa ramai orang.
Nanti kalau kau dah kerja, muka mcam aku ni kau tak pandang dah.”
Iyup, itulah target aku. Aku nak
kerja dulu, sebab kau tau keadaan aku macam mana kan. Dari apa yang aku tengok, kau macam fobia with
something. Once kau cakap ramai kawan-kawan kau bercinta bagai nak rak time
belajar lastly, bila dah kerja semua lupa dah segala janji dan jumpa orang
lain. Yes, apa kau cakap betul. Dah tak jadi rak dah lepas tu, rak habes patah
haha. Sebenarnya, jujur aku katakan aku sendiri takut untuk mengenali mana-mana
lelaki, dengan apa yang berlaku di sekeliling aku, broken sana sini. Even tak
jadi kat diri aku, tapi I don’t know why aku yang takut. Ya, gaduh tu
manja-manja, gurau je, gaduh tu nak tengok kuat tak kau hidup/berkawan dengan
dia. Tapi sampai menangis bagai macam tak je.
Kenapa dengan kau aku berani untuk
mengenali diri kau, sebab-sebabnya hanya aku yang tahu. Selepas dia cakap macam
tu. Aku boleh terima seadanya. Dengan hati yang tenang dan terbuka. Aku tak nak
berjanji apa-apa, tapi aku akan buktikan kat kau, even aku dah bekerja muka kau
akan aku pandang andainya, takdir itu untuk aku dan kau. Dan aku harap kau
takkan lupakan aku, seorang insan yang telah jatuh cinta pada kau ketika ini.
Aku nak berjaya macam kau.
Selepas dia tau, lalu memaksa aku
untuk memberi tahu sebab-sebab mengapa aku sukakan dia... Hish muka tak malu
betul mamat ni kan.
“jangan tanya aku, aku malu lah
wei. Ya allah”
“la nape nak malu lagi nye,
bagitahu je la”
“bla, bla, bla, bla... hahahaha”
END!
Lots of story, but stop kot tak
nak cerita dah... Doakan aku dan dia ya. Doakan moga ada jodoh dengan dia ya.
Sincerely,
-tanpa
nama-
No comments:
Post a Comment