Monday 19 March 2018

#sharingsession : OSGOOD SCHLATTER DISEASE

March 19, 2018 0 Comments

20 March 2018 | Kemaman, Terengganu



Ialah keradangan (inflammation) pada tendon patella ( kepala lutut ).

Kesakitan ini akan mengganggu aktiviti harian anda. Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang aktif dengan aktiviti tangkas seperti berlari, melompat dan sebagainya.



💭 GEJALA DAN TANDA-TANDA SOGOOD SCHLATTER DISEASE
  •           Sakit pada lutut. Tahap kesakitan yang dialami oleh pesakit ini berbeza dari individu ke individu. Sebagai contoh, terdapat individu mengalami tahap kesakitan yang rendah ketika berjalan, naik atau turun tangga dan sebagainya. Ada juga yang mengalami tahap kesakitan yang berterusan dan ada juga individu yang mengalami kesakitan yang semakin teruk meskipun hanya melakukan kerja atai aktiviti yang ringan
  •       Ini kerana terdapat individu yang tahap sakitnyarendah ketika berjalan, naik atau turun tangga ataupun berlari dan ada juga individu yang tahap kesakitannya berterusan dan semakin teruk meski pun melakukan aktiviti ringan (berjalan kaki).
  •       Struktur tibial tuberosity yang kelihatan bengkak. struktur ini terletrak tepat dibawah patella. dimana tendon patella melekat pada struktur ini. 

-          



💥 DIAGNOSIS

Sakit dihasilkan dengan tengangkan otot quadriceps ( resisted quadriceps contraction ).  Doctor akan meminta pesakit untuk meluruskan lutunya semasa rintangan dikenakan kepadanya. Kesakitan akan dirasa oleh pesakit juga sekiranya tibial tuberosity disentuh. Apabila tendon itu meradang, kulit diatasnya kan kelihatan merah dan bengkak. Ini berkemungkinan, lutut menjadi tidak stabil.

Sekiranya, situasi menjadi lebih kronik (teruk), dimana saki itu berterusan, tibial tuberosity akan kelihatan lebih menonjol berikutan peningkatan pertumbuhan.  ( XRAY )


Tibial tuberosity kelihatan menonjol
XRAY menunjuk Osgood Schlatter Disease



💪 RAWATAN

Osgood Schlatter disease ini akan sembuh dengan sendiri. Gejala ini akn hilang apabila kemantangan fizikal dicapai. Ianya akan mengambil sedikit masa. Jadi, doktor akan prescribe ubat-ubatan dan merujuk kepada pakar fisioterapi.


💙 FISIOTERAPI

1-     Penggunaan ice pada kawasan yang bengkak dan sakit. Bertujuan untuk mengurangkan sakit, bengkak dan melancarkan peredaran darah. ( R - rest + I - ice + C - compression + E - elevation )
2-    Senaman rengangan ( stretching exercise ) untuk otot quadriceps dan hamstring. Bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada tendon patella.
3-    Senaman kekuatan ( strengthening exercise ) untuk memulihkan kekuatan otot dan kestabilan lutut.
4-    Tapping. Bertujuan mengurangkan ketengangan pada sisipan dengna memindahkan ketengangan ke tapping. Ianya dapat mengurangkan sakit.
5-    Rehat seketika daripada melakukan aktiviti lasak.



Knee support
Tapping

Patella support

Exercise



Monday 12 March 2018

#sharingsession : Bell Palsy

March 12, 2018 0 Comments
12 March 2018 | Kemaman, Terengganu
Assalamualaikum & selamat pagi sekmung 😍
Okey hari ni aku nak sahe sikit pasal "BELL PALSY" . Case ke-2 yang aku handle sepanjang aku kerja. Alhamdulillah banyak improvement yang aku nampak dari patients aku and ada dah discharge. Alhamdulillah. So boleh la bace ye.

👇👇👇👇👇

APA ITU “BELL PALSY”???
Kelumpuhan pada saraf muka yang acute. Bell palsy adalah kelemahan otot muka akibat keradangan saraf muka. Keradangan berkembang di sekitar saraf muka ketika melewati tengkorak dari otak. Saraf kemudian sebahagaian atau keseluruhan akan berhenti bekerja sehingga keradangan berlaku. Sekiranya saraf berhenti, otot yang bekalan saraf juga akan berhenti berfungsi. Suatu keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau lumpuh pada otot dibahagian sebelah muka.

Penyebab Bell Palsy tidak diketahu walaupun gangguan itu kelihatan merupakan polneuritis dengan kemungkinan virus, radang, autoimun dan etiologi iskemia. Bell Palsy  adalah salah satu gangguan neurologi yang paling biasa yang mempengaruhi saraf kranial dan menyebabkan lumpuh pada otot muka.

CAUSES OF “BELL PALSY”.
  • Jangkitan kuman
  • Tindak balas virus atau reaksi autoimun yang menyebabkan saraf muka demyelinate – punca kerosakan pada myelin ( tisu saraf )
  • Genetic/mempunyai sejarah keluarga yang pernah mengalami Bell Palsy

SIGNS AND SYMPTOMS OF “BELL PALSY”.
  • Lumpuh pada muka bahagian atas dan bawah yang tidak sama ( selama 48 jam – peringkat awal)
  • Gangguan pada deria rasa
  • Kelemahan otot muka
  • Penutupan otot mata yang lemah/ kurang
  • Kesakitan telinga
  • Rasa kebas pada bahagian pipi/mulut
  • Penglihatan yang kabur
  • Mengunyah makanan di sebelah bahagia yang terjejas mungkin menjadi masalah.
  • Kalian mungkin tak dapat menutup mata dengan penuh dan amenyebabkan, mata berair atau kering.
  • Bunyi keras boleh menjadi bunyi yang tidak selesa dan normal mungkin terdengar lebih kuat daripada biasanya. Ini kerana otot kecil di telinga mungkin  telah berhenti berfungsi.

TREATMENT OF “BELL PALSY”.
  • Doktor akan prescribe beberapa ubat-ubatan bertujuan untuk mengurangkan swelling dekat facial nerve dan banyak lagi. Aku cuma tahu yang itu je, sorry gaissss.
  • Fisioterapi ( amat-amat disyorkan sesangat tau ).

  1. SENAMAN 😇
Fisioterapi akan ajar kalian satu siri senaman muka yang akan menguatkan otot-otot di wajah kalian untuk memperbaiki koordinasi dan pelbagai gerakan.  Senaman akan membantu untuk menguatkan otot-otot tertentu pada muka dan ianya harus dilakukan 4-5 kali sehari di hadapan cermin. Senaman muka telah dibuat untuk memastikan otak kalian terlatih dalam apa impuls yang diperlukan untuk mengawal otot yang berbeza di wajah kalian.
Okey sekmung, bolehh klik link kat bawah tu untuk tengok exercise untuk otot-otot muka......
2.  ELECTRICAL STIMULATION 💨
Another method of physiotherapy treatment uses electric stimulaiton. Rangsangan elektrik menggunakan sejumlah kecil elektrik untuk mengaktifkan otot-otot di wajah anda. Ini menyebabkan your muscles to sweat as if the electric impulse from your brain activates them. We will be use TENS. 
3. MANUAL MASSAGE ( URUTAN )😃
Urutan boleh dilakukan dengan pilihan rawatan lain. Ia boleh dilakukan untuk meningkatkan deria. Boleh juga menggunakan ketulan air batu "ice stroking".

💢 💢 Jika ada sebarang pertanyaa boleh "comment" dibawah atau direct email ke niknsyafphysio@gmail.com 💗
💬 RUJUKAN : SUMBER BACAAN DARIPADA INTERNET DAN JUGA NOTA KETIKA BELAJAR DAHULU.
https://www.webmd.com/brain/understanding-bells-palsy-basics


Believe me, I'm yr Physiotherapist 😍.



penagasidsepi.blogspot.com