Sunday, 23 October 2016

Catatan : Nik story yow

October 23, 2016 0 Comments


ِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera.

Hai, korang apa khabar? Aku harap korang sentiasa sihat okey! Jaga kesihatan tau, exercise jangan lupa buat! Stamina tu kena kuat.

Dah lama kot aku tak updates blog kan? Sorry korang, aku baru jew habis pratikal untuk 2 bulan direct. Dah masuk tahun akhir study so busy, stress nyer boleh tahan la. Tapi macam sebelum ni aku pesan, POSITIF! Fikir positif, semua tu untuk masa depan kita, untuk family kita jugak. Jangan pernah mengalah okey.

So, untuk kali nie aku nak share kat korang pengalaman aku clinical posting a.k.a pratikal for 2 month at 2 places yang berbeza. Yang dimana, cerita yang berbeza di setiap tempat tu. Ya Allah, betul-betul menguji kesabaran, menguji emosi, jiwa but hok paling peting BEST!! [ perasaan gembira itu tak leh nak korang bayangkan macam mana, kene tempuh sendiri and tak akan menyesal ].

Untuk semester 5, clinical posting selama 2 bulan di 2 tempat yang berbeza. So akan dapat pengalaman yang berbeza la. Ilmu tu, Alhamdulillah banyak. So tempat aku pratikal kali ni di MSN, Perak dan Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu (KKPH). So excited jugak but nervous jugak. Hahaha, sorry aku memang tak leh nak lari dengan perasaan nervous tu. Sejak azali lagi. Hahahaks! Okey untuk MSN maybe aku tak terkejut, sebab still area tempat study, but for KKPH hahahaks aku punya terkejut tu ermm. Ok takpe aku save dulu macam mana aku terkejut, and perasaan aku bila dapat tahu akan pratikal situ. Nanti aku share dalam part pratikal kat KKPH.

·         Tempat pertama untuk Semester 5.

So first tempat clinical posting untuk Semester 5, Majlis Sukan Negeri Perak (MSN). Bila dapat tau, aku akan pratikal sini, perasaan aku biasa-biasa sahaja, but still nervous. But syukurlah tak jauh untuk pergi ulang alik. For one month, aku ulang alik dengan motor. Aku lebih prefer motor dari kereta, sebab aku minat motor hahahaks! So sini banyak case berkaitan sport injury. ACL, PCL, MCL, Meniscus TEAR, Hamstring strain, ankle sprain. Case yang berkaitan dengan atlet. But time kami, kurang sikit untuk dapatkan case sebab SUKMA dah habis so atlet jarang datang untuk daptkan treatment. But sini best, because dekat sini aku dapat experience untuk jadi Medical Team for Wushu Competition, 2 hari kot. Before this zaman sekolah aku memang pernah lah jadi sukarelawan wakil PBSM, tapi banyak main-main. Untuk kali nie memang tak boleh nak main-main sebab ni pertandingan yang memang melibatkan atlet-atlet negeri. Kau ingat ni main-main? Hahaha. Bayangkan la nervous tu teruk wei, berpeluh haha. Time ni yang jadi medical team aku dan partner posting aku, Adeb. [ Adeb ni partner posting dari sem 3 sampai la sem 5, aku tak tahu la dia bosan tak tengok muka aku hahaha]. And wushu kan majority adalah bangsa Cina, aku tak faham apa yang diorang sembang [ part ni aku dan Adeb will be like ‘itu la dulu dalam kelas mandarin banyak main-main tak focus apa laoshi ajar, menyesal tak guna’ ] but yang aku suka, diorang betul-betul hormat kami [ hanya kami 2 orang Melayu dekat situ ] I means like, diorang bagi rehat yang lama untuk solat. So apa yang kami buat time pertandingan nie, kami jual “ais kacang” laku bakhang hahahaks! Tak de la, time nie memang blur so apa yang kami tahu bagi ice je, tapi kami tak bagi pun, diorang yang datang mintak “u nak ice.” Jualan ice memang laris. Hahaks. But untuk second days, tetiba datang seorang atlet and kawan dia “ U, dia tak ingat apa-apa nie, tadi lepas game dia kena tumbuk and after that dia lupa dia buat apa. How?”. Adoi time ni aku dan Adeb blur giler apehal ni, naseb la sebelum ni ad abaca injury dalam sport. “Traumatic  Brain Injury = Concussion” okey lepas tu apa aku nak buat arr!! Bayangkan, aku suruh dia relaks and take a deep breath, jangan nervous nanti kau okey. Bla bla time ni dah wassap staff physio, Abg A kat situ apa nak buat. Lawak pulak kalau nak diingatkan balik hahahaks. Abg A bgtahu, suruh dia tarik lidah dia keluar, nanti dia slow-slow okey la. Bila aku pergi balik dekat atlet tu tadi, and suruh dia buat macam tu belum sempat dia buat dia bagitahu, “u so far i rasa okey dah but i tak leh nak fikir lagi”. Pergh pengalaman yang  paling ngeri bagi aku haha, but Alhamdulillah so far okey! So apa yang aku boleh conclude kan sepanjang aku di MSN tu, pratikal sini best, with staff yang sporting [ bayangkan first week dah kena jawab test, pasal anatomy, oii mau tak emnjerit nak jawab haha hentam saja labu haha ok aku tak hentam ler ], diorang banyak ajar macam mana nak handle patients yang dimana semua itu adalah atlet. Thanks staff MSN for a month saya dekat sini ye, saya tak lupakan korang.



·         Tempat kedua untuk Semester 5.



Okey, tempat kedua clinical posting untuk sem 5 – Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu, Hulu Perak (KKPH). Okey apa expectation aku bila dapat sini, ni aku cerita jujur [ physio KKPH dah tahu dah, so berani aku nak share peace yow ]. 






“ eh Pengkalan Hulu dekat mana? Hah sempadan dengan Thai? Wei macam mana suasana kat sana? Bandar or Kampung? Kalau kampong best nyer! “



Perjalanan dari Ipoh ke Pengkalan Hulu dalam kira 3 jam lebih, penat jugak la but dalam hati aku excited nak tahu macam mana suasana kat sini. Before this housemate aku baru je habis posting sini, macam happy je duk sini tu yang buat aku lebih excited nak sampai and nak start kerja esok. Orang first yang aku dan kawan-kawan aku jumpa dekat sini, Ibu. [ ibu ni adalah mak kepada junior satu kos aku, so dekat sini kami menyewa di rumah dia, ibu adalah ibu kami dekat sini ]. Sampai je di rumah sewa, OMG betul-betul suasana kampong dan aku rindu kampung aku. Dammm! So bermula la kisah aku dan postingmates aku disini.



Macam biasa, bila pratikal dekat government, before pukul 8 pagi dah kena sampai department. Bayangkan first day, aku bangun awal giler dan bila nak mandi, Ya Allah air sejuk giler. Lantak la sejuk ke ape, aku nak mandi. Cuaca kat sini nak hampir sama dengan cuaca dekat Cameron Highland. Sejuk, aman je. Okey aku rindu sangat. First day kami sampai awal 20 minit, eh hipster nyer klinik physio ni wow. Okey maka bermula la kisah aku dan postingmates di KKPH. Bismillah. Macam sebelum ni, aku punya nervous memang win. Hahahaks. Orang first yang sambut kami, Cik H [ she so cute, bayangkan kami datang sini kami panggil dia title ‘Cik’, bila masuk minggu last title ‘Puan’ haha but kata En. W magic kan haha ]. Terkadang aku tersasur panggil Cik H dengan Kak H, Kak Cik H laa. Semua duk gelakkan aku. Okey fine hahahaks. After that, kami ada briefing dengan HOD Physio sini, En. W. First riaksi aku tengok En. W, eh dia ni tegas nyer, scary ler adoii mati la aku kat sini. Bayangkan kami gelak sikit, dia akan cakap “apesal korang gelak? Ingat lawak! “. Kami gelak sikit je, dalam hati “dia buat lawak, adoi sorry kami mudah terhibur “. After briefing settle, kami start dengan kerja even still terkapai-kapai apa nak dibuat hahaha.



Sebelah petang pulak, kami kenal dengan seorang lagi staff Physio, En. N. Apa yang aku dengar dari batch sebelum ni, dia ni seorang yang hyperaktif, suka dengar lagu lama-lama bagai la. First patient aku ary tu, pak cik case Osteoarthritis. Tak sempat nak habiskan treatment dekat pak cik tu, En. W mintak kami pergi ke Klinik besar [ atas sikit dari klinik/department physio ]. Macam batch sebelum ni cerita, En. W akan bawak student ronda satu klinik dan perkenalkan dengan semua staff. Ya Allah segan nyer time ni. Ke unit kecemasan, unit ibu dan anak, pergi jumpa admin besar klinik... semua orang usya macam pelik. Dalam hati aku “ pehal usya orang macam tu doe, tak pernah tengok orang ke hahahaks “. Lepas ronda dekat klinik, kami balik ke department semula. Time ni ada seorang staff klinik datng nak buat treatment, dia complaint sakit dekat left shoulder. Adoi time ni lah En. W soal macam-macam. Tanya pasal ultrasound tapi kami kene abis la. Dalam hati aku rasa macam nak menangis je tapi sabar aku kena kuat hahaha, one of my postingmates dah kecundang awal-awal air mata naseb aku tak tengok kalau tak aku turut kecundang haha. Time ni aku rasa macam nak cepat-cepat je abis pratikal tak tahan sangat ermm. Tapi apa orang tua-tua cakap, jangan benci nanti sayang. Looks hari ke-4 aku kat situ aku dah start jatuh hati, sebab aku fikir positif boss buat macam tu sebab tak nak kami pijak kepala dia. Hypothesis diterima.



For the second day, kami kena replaced pratikal di Unit Kecemasan dan Unit Ibu dan Anak sebab physio ada kursus. So ni first time kot, aku dan Adeb shift pagi di unit ibu dan anak. Dekat sini first2 kami memang blur giler apa nak buat ni ermm dah la tak belajar lagi Womens Health adoi. So sini kami ambek Blood Pressure, Weight, tinggi patients. Beri patients minum air gula [ untuk ibu-ibu mengandung ] and tengok  Pn. Wong check kuning baby. [ Pn. Wong baik giler, dan dia suka sangat ajar even itu bukan core for physio ]. Bayangkan kami kat sini timbang berat guna penimbang manual adoi memang fail hahaha. Dekat 5 kali baru aku pass haha. Untuk shift petang, aku dan Adeb di Unit Kecemasan pulak. Dekat sini apa aku nak buat arrrghh. Blur blur blur! Tak pe fikir positif. Aku tengok jew MA2 and dak pratikal MA buat kerja. Ambik darah, pasang IV Drip, cuci luka. Part cuci luka memang lawak, kesian kat patient tu dah lah tahan sakit, tengah-tengah MA tu jahit luka tetibe phone MA tu bunyi. Ringtone pulak lagu Ungu-Mati. Adoi nervous boleh patient tu, kami tahan gelak je. Hahaha. And dekat sini aku first kenal staff Xray merangkap tukang photostate tulang, nama dia A. Dia yang tegur aku dulu tanya pasal kolej aku macam pelik jugak kenapa tetiba nak tanya pasal kolej kan. So aku layan je la. [ batch before this habaq xray org lain, awat la aku jumpa orang lain hahaha ]. Bila sembang-sembang dengan Adeb, pasal A tu sebab muka dia su familiar dekat kolej. Time otw nak gi tempat parking kereta aku beranikan diri untuk tegur dia balik. “ Assalamualaikum, Bro nak tanya kau ex-student RCMP ke? Sebab muka kau familiar dekat kolej ler. Hahaha, sorry tanya sebab aku terfikir “. Semua macam terkejut aku tegur dia, lantak la korang haha. Rupanya betul la apa yang aku dan Adeb rasakaan, dia tu ex-student RCMP, tapi batch yang dah grad before kami masuk. Hahaha. #akumemangselambejetegurorang .



Bila duk kat klinik memang banyak kerja luar, banyak pergi clinic visit, home visit, program luar. Even penat but best, time ni la dapat belajar banyak perkara and tak de la time dah kerja nanti (insyaallah) blur blur bagai. Third day kami stay department je, hari ke-4 kami ke Lenggong untuk konveksyen Kospen. [ time ni eh ape tu kospen? Ok follow je la ]. So time ni kami handle untuk booth physio, goring je apa yang ada haha. But time ni aku belajar nak check scoliosis guna alat, tak tahu nama. Aerobic dengan diorang. Semua sempoi habis la.



Ada satu lagi program, sambutan hari physio peringkat negeri Perak dekat Taiping. Kami tak pergi sebab jauh and kami tak berani nak drive, nasib diorang faham. Syukur but kesian jugak la.. Sorry.  So, first weekend kami ke Fiesta Kroh. Macam-macam aktiviti but tak join pun. Kami datang jalan-jalan je.



Dekat sini aka nada visit ke PDK, so kami ke Gerik. For the first time kot. Sampai-sampai dah kena air terjun, haha. Hati ni rasa tenang tengok telatah anak-anak syurga. Teringat dekat seorang anak syurga ni, sampai je sana datang peluk-peluk, cium. Comel nyer. Kami still blur sebab kami tak belajar lagi pasal Peads so kami follow je apa physio buat. But, conclusion is best. I got a new pengalaman.  Keesokannya, kami pergi klinik visit. Perjalanan nak gi sana dalam 40 minit macam tu la, bila first tu merungut jugak letih but bila dah tiap-tiap minggu pergi rasa macam best, and dah stop merungut bagai. Hahaha.

So next day, kami kena conduct aerobic dekat SMK Tun Saban. Okey yang ni for the first time bagi aku, before this conduct for staff dekat tempat pratikal je ni depan budak-budak sekolah. Okey aku kasi hentam saja la hahaha. Bayangkan tengah syok duk buat aerobic sekali budak-budak blur tak tahu nak ikut. Okey takpe akak dance sesorang kat atas stage ok ga hahahaks. Aku redha je. Aerobic non-stop dari pukul 3.30 p.m until 5.00 p.m. fussssp penat tu boleh tahan la. Bayangkan dah 3 bulan aku stop aerobik bagai, bila start balik hahahahaha. #hanyamampugelak .

Hari-hari berikut berlalu dan seperti biasa. But ada satu hari, terpaksa balut hadiah yang arghh apae ler diorang mintak aku balutkan, hahaha. Aku tak tahu macam mana perasaan orang yang bukak hadiah tu. Dengan muka tak malu aku balut je hadiah tu, dalam hati macam membebel hahaha.

 Ada satu malam tu kami keluar dinner dengan CI, time ni one of us balik kampong ada emergency, so lect = CI ajak keluar makan. So aku and 2 orang lagi setuju sahaja. Ingatkan pergi makan malam area Pengkalan Hulu je sekali sampai ke Baling kau, pergh hahaha sakan.

[ for this time aku pelik siapa la yang dengan motorbike kat belakang kereta CI aku ni, opps rupanya photostate tulang ikut sekali hahaks ]. Keluar dengan diorang ni, sembang sampai kedai tutup haha. Wajib kot hahaks. Keesokannya, wedding Cik H. Sorry tak dapat pergi. Btw, Selamat Penganti Baru buat Cik H and husband.



Ada satu part kena rahsiakan hahahaks, peace yow! Dah masuk minggu ke-3 kami dekat sini. Memang dah masuk dengan perangai diorang, hahaha. Sempoi abes! Selasa  je kami akan ke clinic visit and home visit. Masa tengah haritu kami pergi home visit dekat area clinic visit tu. Patient’s is a baby with DS. First time aku tengok baby DS, before this tengok kanak-kanak, she so cute. Time ni, part aku kena auscultate baby tu sebab, dia batuk and difficulty untuk buang sputum. Hahaha. Hentam saja labu. Family pun caring pasal dia and aku rindu baby tu. Get well soon dear. Semoga kita jumpa lagi. Di sebelah petang, kami pergi home visit, patient’s ni muda lagi, with a lots of diagnosis from doctor yang aku terkejut salah satu diagnosis, brain injury. Ya Allah, time ni aku muhasabah diri. Dalam sekelip mata Allah boleh tarik segala nikmat yang kita ada. Aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Yang membuatkan aku bangga dengan patient ni, dia ada semangat yang tiinggi. Semoga cepat sembuh bro, believe yourself okey! I know u can do it!



Okey hari berlalu dengan pelbagai memori tercipta, gelak ketawa, ilmu baru.



Okey, di suatu petang kami balik lewat sebab settle barang-barang and discuss untuk Hari Sukan Negara keesokkan harinya. Time ni si photostate tu datang department physio sebab nak ajak En. N keluar cari makan. Aku boleh pulak tegur dia time dia tengah cycling depan boss. Lupa la ada boss, terus boss cakap “ eh, depan saya awok berani deh tegur dia! [sambil buat muka serius] “ aku terus terkedu apa aku nak jawab ni wei. Huawaaa.. Naseb postingmates backup bagitahu dia senior kami, exstudent RCMP ler. “ingatkan boyfriend awak haha”. Adoi habis aku. Mood terus down huawa, naseb boss faham. Lepas settle semua tu, boss ajak keluar makan malam kat Baling so kami terus setuju la. Hahaha. Time ni aku dah rasa yang dia tu ikut sekali. Erm betul rupanya. Adoi aku tahan sahaja sabar nya, kofem nanti boss cakap-cakap. Ermm sepanjang makan malam tu, aku kena bahan je. Adoii follow je la. [ dia ni first kenal tak macam tu hahaha, ni lain pulak dia punya hyper tu lebih semacam je hahahaha #brojanganmarah tapi apa yang dia akan makan still sama as before ni ‘nasi goring chicken chop’ maybe kegemaran dia kot ]. Bila aku tegur, kau jangan macam ni boss ada kot aku malu, dia mengadu pulak kat boss yang aku marah dia haha. Boleh pulak dia request mintak aku cover medical team untuk games bola esok, sebab dia main and dia ni ada PCL Injury LOLS! Hahaha. [ dalam aty sape nak cover untuk kau haha, semua dah ketawakan aku dengan muka aku tangah cover malu bagai, boss pulak setuju hahaha ]



Esoknya, hari sukan Negara. Ingatkan kisah semalam stop sampai situ sahaja, rupanya tak hahaha. Tengah breakfast diorang sambung pulak adoi jeng. Okey dia ary ni hyper makin teruk kot, hahaha. Selamba dia duk bagitahu kat kawan-kawan dia “hah yang ni aku punya, korang ambek yang lain” postingmates aku ketawakan sambil bisik sabar nik, sabar niik. Hahaha. Siap cakap pasal kawen lols, hahaha. Diorang semua beria-ria, sekali dengan postingmates aku kot. Huawaaa. Apakah naseb aku ini. Hahaha. Time cover medical team [ni for the second time aku cover medical team untuk sukan, after MSN  ] okey ais kacang tak laku okey. Hahaha. Boss tak sudah bahan aku, haha siap duk tanya “boyfriend awak dah start main belum? Hahaha” okey time ni aku tetibe buat gedik “eh entahlah saya, dia curang dekat saya. Dia ada orang lain kat sana sedih nyerr”. Boss terus senyap. Ya aku menang hahahaks. Lebih kurang 10 minit lepas tu dia dah start main, apa lagi boss and En. N beriya dah jom kemas kita ke sana pulak. Ermm sabo je lah ambe haha. Time ni memang uji perasaan aku, boss siap suruh aku sapu kan cream dekat lutut dia. Adoi apa aku nak buat, naseb En. N cover huawa. Mintak pakai kan ais la bagai, opss nak bermanja-manja pulak ye hahaha. Bila diingatkan balik apa yang jadi pada hari tu, ermm lawak pulak. 







Next day kami pergi berjalan sambil membeli belah la sangat hahahaks ke komplek tanpa cukai. Maigad banyak nyer coklat awak wei, omg duit tak cukup. Beli apa yang patut untuk adik-adik je. Sekali pergi sampai border, beli pakaian. Aku beli pun sebab teringin sangat. Hahaha. Ary nie la nak keluar bagai, ary nie lah dapat berita kene submit 80 assessment on the last day of posting beb. Huawa, nak teriak je kat border. Ok aku macam biasa, relaks fikir positif doa banyak2. Alhamdulillah lepas 2/3 hari kemudian dapat berita just submit minimum 40 assessment. Pada malam tu, CI aku baru sampai dari Ipoh so dia ajak kami keluar makan (teman dia makan), malam ni la kantoi yang aku “ada crush baru dekat sini” erm macam-macam. Haha itu bukan crush itu aku di bahan kan hahaha.



Okey dah masuk minggu ke-4 kat sini means this is the last week? Seriously? Okey time ni aku memang tak percaya. Tapi itulah hakikat yang aku kena terima. And Cik H is coming back after 2 week cuti kahwin... This week presentation case study mak oi.. hahaha. Alhamdulillah, aku dapat buat dan aku dah agak sampai je part Xray/MRI kofem kena bahan and looks ahaha. Sakit nyer tu di sini wei haha.

This week jugak la boss start busy, dan malam Isnin tu kami ajak semua physio and lect keluar makan sekali. Biasanya, kami akan buat majlis on the last day tapi boss tak de on the last day. Memang malas nak ke Kedah so kami just buat di KFC, Peng. Hulu ni. Aku tak tahu kenapa malam tu sedih, terasa sebak lain je. Tambah pulak boss tetibe serius and mintak kami perkenalkan diri, nama penuh, anak ke berapa, parents kerja apa, first expectation datang sini, apa yang tak puas hati. Memang malam tu bermonolog habis la. Memang jujur sejujurnya luahkan. Last-last ayat dari boss, “yes, saya Berjaya dengan misi saya untuk takutkan korang. Hahaha “. Kami semua macam apa hahaha. Ya, pada malam ni la aku tahu semua macam mana. Boss Nampak tegas tapi dalam hati dia still caring pasal kami, ambik berat bagai. Ingat lagi boss cakap malam tu “ saya nak jadi orang pertama tahu awak  semua kerja mana dan kawen jangan jemput saya “. Insyaallah, pesanan nasihat boss aku akan ingat sampai bila-bila.

And for the first time aku join BBQ Party dekat tempat pratikal. Just aku and Adeb je join, sebab another 2 busy siapka assessment. Firstly memang segan nak pergi but in the same time tak sanggup nak tolak pelawaan En. N. So aku drive kereta member pergi ke klinik, masuk je pagar klinik wei nervous tu pelik semacam. Hahaha. Sampai-sampai je aku dah paksa, En. N tunggu kat depan hahaha #sorrybromenyusahkan. Bayangkan kami sampai, terdengar akan suara-suara orang-orang hyper “eh adik-adik physio datang la. Eh saya sakit kaki, saya sakit lutut, saya sakit belakang la.... “ Ya  Allah nak marah giler tapi aku buat tak tahu sambil gelak. Okey naseb perangai gedik aku tak keluar hahahaha. Makan-makan haha, time ambek makanan terdengar suara someone “ eh nama saya ***** “ hahaha pehal bro. Aku ni suka makan lamb chop, but kena tahan la nanti sakit kepala. Aku pun tak tahu kenapa haha. But lamb chop malam tu memang sedap la. Aku bagi 9 bintang untuk tukang masak hahaha.



And sampai sudah Jumaat, maka hari ni hari terakhir aku and postingmates pratikal dekat sini. Sedih la jugak, last day physio yang tinggal hanya En. N ermm layan je la. Haha.



Tapiiii kan, haha aku dan Adeb masih disini untuk 5 hari. Yang 2 orang dah awal-awal balik hahaha ok bye korang. Kami suka-suka duk sini sambil nak ceduk ilmu sikit lagi and blab la siapkan assessment. Bila datang klinik hari isnin, patients pulak yang terkejut kenapa kami masih disini hahaha. Ayat En. N tak leh bla “i told them to still at here, to extend pratikal hahaha” senggallan doe. But syok belajar joint Mob and maitland techni           que dengan En. N . maigad dia punya otak memang perghh i salute denga you!!! Tereerrr bakhang! Esokkan belajar pasal neuro, emm best2 macam nak stay situ je, tak nak balik Ipoh ahah. Tetiba terajin untuk masak lepas balik dari klinik alang-alamg sekali ibu nak rasa masakan aku, so yang aku fikir hanya Spagheti. Masak lebih sikit, and hantar buat Cik H, En. N and for A too.

Time ni En. N macam terkejut bila Adeb bagitahu bagi satu dekat A hahaha.



Hah thanks Cik H and husband belanja makan malam. En. N belanja ke esokkan harinya...

AND it will be the last day aku kat sini. Rabu petang kami dah bertolak balik ke Ipoh, btw selasa malam tu lagi aku dah rasa sunyi, sebak tapi nasib air mata boleh control lagi. But bila dah sampai border and dah salam dengan Ibu time ni memang aku tak boleh nak control diri aku. Menangis teruk giler tak tahu kenapa aku macam ni, before ni tak teruk kot.



A month aku menetap di Pengkalan Hulu. Tempat yang banyak ajar aku, banyak sedarkan aku betapa pentingnya focus dalam kuliah, tempat yang banyak refresh balik otak aku yang berkarat, tempat yang ajar aku untuk kuat dari segi emosi, perasaan, jiwa. Tempat yang buat aku untuk jatuh hati kembali pada seseorang [ part ni last sekali aku updates **** ].



Buat physio2, terima kasih untuk sebulan. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, makan minum. Mohon maaf andai terguris hati, terkasar bahasa. Doakan aku Berjaya di dunia dan akhirat. Doakan aku Berjaya seperti kalian.

 

En. N kabo "Study ssedak, jadi hebat, kemah, ganas dari sayo lagi. Jange wat sayo jadi role model, sayo truk. Wat Weng jadi role model. Awok mude lagy mcm adik saye. Good luck and all the best ter"



Cik H "study leklok! Satu Sem lagi. Focus study, good luck! Insyaallah nanty awak jupe balek dgn dia"



En. W " Graduate ur self and call me on the first day of ur posting. Kawen jgn lupe jemput “



Buat Ibu dan Ayah, terima kasih jaga kami, bagi kami tempat tinggal, bagi kami makan minum. Maafkan Nik, andai tingkah laku Nik buat Ibu dan ayah terasa, tutur kata NIk.

Insyaallah, ada umur yang panjang aku akan datang sini lagi. Mungkin bukan seorang pelajar, mungking sebgai staff di klinik itu, mungkin sebaliknya. Perancangan Allah yang terbaik. Terima kasih atas memori selama sebulan lebih. Semoga Allah S.W.T merahmati semua. Aamin.





****mesti korang tertunggu ada satu part tadi, aku cakap last nanti aku cerita****

Salah aku sendiri untuk jatuh hati dekat dia, tapi siapa la aku. Hish, aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh hati kat dia. Maybe ada cirri-ciri lelaki yang aku nak kot, maybe. Semua ni aku senyapkan je, tapi lastly kantoi dekat postingmates. Tapi aku tak nak fikir semua tu, aku nak focus study, satu sem je lagi kot. Kenapa aku nangis teruk, aku nangis fikir pasal dia.. ermm, aku tak tahu nak cakap. Tak pa, aku positif. Andai jodoh itu buat aku, aku syukur, andai sebaliknya, ada yang lebih baik. But aku nak dia tahu yang aku jatuh hati dekat dia, dan terima kasih pernah hadir untuk aku. Sorry la kalau tergurau kasar kat kau, but aku suka sangat bila kau sebut “mung” haha. Ok bye.





| thanks sudi baca apa yang aku merepek, mohon maaf andai tersilap kata bagai. Yang baik datang nya dari Allah, yang buruk datanya dari diri aku sendiri. Okey ape-ape boleh comment k.  Bye... |


aku sekeras hati berlawan,
untuk buat hati kau tertawan.

tapi aku tersedar satu hal,
perasaan itu tidak bleh dipaksa,
jika ada, ada.
jika tiada, tiada.