“Assalamualaikum
cinta.”
Tak bisa untuk aku ungkapkan hal yang
sebenarnya dan tak bisa untuk aku luahkan kata-kata ini. Aku lemah. Aku tidak
kuat. Aku beza. Beza dengan manusia-manusia lain diluar sana. Sesungguhnya
setiap orang lain, beza personalitinya. Jangan pernah menyamakan antara aku dan
orang lain.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana diri aku
ini, susahkan. Aku sendiri tidak faham, mengapa mudah untuk aku meminati
seseorang. Walhal aku tidak kenal dia dengan jangka masa yang lama, singkat
perkenalan kami. Itu pun hanya kerana kawan dia.
Aku tahu dalam aku tidak menyukai orang,
lebih ramai orang tidak menyukai aku. “hidup ada pasang surutnya.”
Pedamkan sesuatu perasaan itu, perasaan cinta itu adalah hal yang amat
memeritkan dan menyakitkan hati. Sesungguhnya ini adalah kali kedua bagi aku.
Meminati seseorang lelaki. Kalau dulu aku meminati seorang lelaki yang mana
dulunya aku dan dia hanya kawan, kawan yang rapat. Tapi itu sudah lepas, hilang
kemana entah perasaan itu. Aku bersyukur akhirnya aku sudah “move on” dengan
dia ni.
Tapi dimana saat aku sudah Berjaya lupakan
dia ni, hadir yang lain. Yang mana hadirnya membuka kembali pintu hati aku
untuk pandang kembali lelaki. Tapi ini lebih teruk kerna aku telah jatuh cinta.
Serius bro, senyuman kau memang kaw la. Banyak yang istimewa pasal kau, yang
mana telah membuat hati aku tertarik pada kau.
But who I’m
untuk menagih cinta dari kamu. And who am I to captivate you. I realize
that myself, indeed so different from you. When I talk my friends that the age
between you and I too dissimilar. Dan kau nak tahu apa jawapan diorang “
jauhnyer beza,kalau jodoh tak kira umur”.
Jujurnya, memang terkadang diri ini
cemburu pada kawan-kawan. Yang dimana mereka sudah ada “teman istimewa”. Cukup
bodoh untuk aku cemburu pada hal sedemikian. Tapi itu hakikatnya. Ya, bila
tengok kawan-kawan, keluar “dating” bagai, nak jugak rasa hahaha. Tapi aku
tidak tahu apa bestnyer pun semua itu. Boleh ceritakan tak?
Terkadang ada pertanyaan daripada
kawan-kawan, “Beb, bila nak ada boyfriend?”
Tak
ada soalan lain ke kau nak tanya aku hah? Hahaha. Peril aku ke ape hah? Jodoh
pertemuan semua telah ditetapkan dan kita sebagai manusia harus sabar menunggu
sahaja. Belum sampai masanya, mungkin Tuhan nak aku belajar lebih mantang, dan
tidak kecewa di usia semuda ini. Tak semestinya, BF kau sekarang ni adalah
bakal suami kau suatu hari nanti. Pernah tak dengar, bercinta bagai nak rak
dengan ‘lelaki lain’, bertunang dengan ‘lelaki lain’, berkahwin dengan ‘lelaki
yang bukan tunangnya dulu’. Looks, perancangan Tuhan cukup berbeza pada
perancangan manusia itu sendiri. Dan siapakah kita sebagai hamba untuk
mendustakan semua itu? Perancangan dari Tuhan adalah yang terbaik. Lebih indah.
Bukan aku untuk membantah apa pandangan korang, tapi ini dari apa yang aku
baca, lihat dari sekeliling aku. Jangan risau, aku sentiasa mendoakan yang
terbaik buat kawan-kawan aku, dimana semoga hubungan yang korang jalinkan itu
kekal hingga ke ‘akad ijab dan qabul’ seterusnya hingga ke syurga.
Ada sebabnya mengapa ibu bapa ku bertindak
sedemikian dimana sering menasihati aku supaya jangan bercinta lagi seusia ini.
Tapi aku tewas Mama, Abah. Tewas pada perasaan ini. Aku telah mencintai
seseorang dalam sedar Mama dan Abah tidak tahu.
Terkadang aku terfikir bagaimana penerimaan
mereka seandainya suatu hari, mereka dapat tahu yang aku telah jatuh cinta. Ada
kebaikannya untuk aku, mengapa mereka melarang untuk aku mempunyai “teman
istimewa” di usia aku masih menuntut ilmu. Ialah aku anak sulong, sesungguhnya
tanggungjawab itu besar.
Tapi aka ada persoalan lain, “ wei beb ade
je anak sulong yang couple? Okey je. Parents tak marah pun bagai”. Aku faham
mengapa parents aku begitu. Kisah percintaan mereka cukup indah. “Cinta lepas
NIKAH”. Dimana perkahwinan itu ditetapkan oleh orang tua mereka merangkap
atuk-atuk dan nenek-nenek aku. Hahaha. Biasalah orang dulu-dulu. Jadi mungkin
mereke tidak mahu anknya disakiti oleh perasaan cinta seusia ini, dan mungkin
mereka tidak berpengalaman untuk itu.
Staring blankly ahead and just making my
way through the crowded and I need you
and I miss your smiles. If I fall into the sky do you think time would pass me
by? It’s always times like these when I think of you. And I wonder if you ever
think of me. Cause everything is so wrong and I dont’t belong living in
your precious memory.
Cause I need you, I miss you, bro. I lost
in you mind and I wanna know am I losing in my mind too? Please never let me to
stay crush on you. In unconscious mind and I’m awake wanna feel the last time
of the memories with you.
Cukup susah untuk aku move on buat kali
ini. Susah. Tapi jangan risau aku sentiasa cuba. Tapi saat dimana aku tekad,
banyak sahaja yang mengingatkan aku pada kau. Muncul lelaki yang jika dipandang
seiras kau bro. Motorbike yang warna sama dengan motorbike milik kau, akan
muncul. Sepanjang perjalanan aku drive dari Kedah hari tu untuk pulang ke Ipoh,
banyak kali aku terserempak dengan mat-mat motorbike. Hahaha. Nak move on bukan
senang, lagi-lagi jiwa yang setia.
Aku
sentiasa belajar untuk mendongak ke langit saat aku sedih agar air mata aku
tidak akan jatuh ketika aku menunduk memandang kebumi. Terima kasih. Agar kita
dipertemukan kembali suatu hari nanti.
-niknsyaf-
No comments:
Post a Comment