28 August 2017 | Kemaman, Terengganu.
Setia,
Setia disini menanti biar
hati sendiri terseksa.
Setia disini menanti akan
sesuatu yang belum pasti jawabannya.
Ikhlas,
Ikhlas hati ini mencintai
dia,
Sehingga sanggup kunci
pintu hati ini pada yang lain.
Ikhlas hati ini menanti
meski lama masanya.
Doa,
Doa takkala rindu menjelma,
Kerna hati ini yakin akan
jawabannya nanti
Tuhan senantiasa ada dan
mendengar akan semua doa-doa hambanya.
Pengorbanan,
Ku korbankan hati ini hanya
untuk dia.
Kerna ku ingin hidup atas
nama cinta mu.
Penantian,
Sebuah penantian yang
mungkin lama,
Terasa bagai kayu menanti
tapi aku yakin adanya SETIA, IKHLAS, DOA, PENGORBANAN akan adanya sebuah
kemanisan menanti.
Mungkin bukan saat dan tika
ini, mungkin nanti.
Tuhan jagalah hati ini
dalam merindui dia.
Ikhlaskan diri ini dalam
mencintai dia.
Jagalah hati ini agar
mencintai dia bukan kerana nafsu semata-mata.
Rindu ini umpama udara,
Yang sentiasa ada walhal
tidak mahu merasa.
No comments:
Post a Comment