بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
Assalamualaikum w.b.t.
Hai guys, sihat? Semoga kalian sentiasa dalam
lindungan-NYA. Aamin.
Aku rasa dah lama tak de new entry right? Lately so
busy, Alhamdulillah dah settle kuliah/kelas, test, assignment, rubric, ospe and final
exam. Semester 5 done. Doakan ye semoga untuk result nanti aku pass all that. Tak
sangka pejam celik, makan, tidur, study, enjoy sana sini, rebah, jatuh, bangkit
dah nak masuk semester 6 dah. Time goes so fast. Tengok lah, dah nak sampai
penghujung bulan satu dah. Umur makin naik. Maka diri makin hampir dengan ajal.
Allahuakhbar. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berbakti pada
orang tua, untuk mengejar masa depan.
So hari ini, aku nak share life aku sepanjang aku
untuk semester ni. Okey? Hahaha.
So for the first, semester 5 which semester yang
mencabar untuk aku. Where for the first time my course start with new
management, need to submit 80 assessment. Alhamdulillah, dapat
submit 80 assessment. Tak tidur malam bila keesokkan nya nak submit. So,
pengajaran yang aku dapat dari kelakuan aku itu haha first JANGAN BUAT KERJA
SAMBIL LEWA OR LAST MINUTE. Iye la dah bagi cuti lama after long clinical
posting, buat assessement kejap-kejap je. Bila dah sampai due date untuk submit
baru kalut (orang Kedah cakap). Insyaallah, for the next semester tak buat
macam ni dah. Menyesal bakhang. Second, GUNAKAN MASA DENGAN SEBAIKNYA, erm tu
la time cuti banyak sangat makan, bila dah makan, tidur erm lepas tu tertangguh
assessment, dugaan betul. Hahaha.
Untuk semester ni, 3 subject sahaja yang kami belajar.
3 sahaja relaks ar! 3 subject ni jugak la, buat aku nervous tak mahu-mahu wei. Senior
pun pesan jangan ambik mudah dengan subject2 ni. Memang kalau tengok like the
easy subject to learn, to study right. But to understand the each topic, need
more struggle gais. And the importance is, group discussion is the best.
Physiotherapy In Paediatric, Physiotherapy In Geriatric and Neurology 2. Syukur
dapat faham all that subject even susah (semoga result nanti semua pass, aamin).
Teringat ada sorang classmate, cakap “ALL IS WELL” before masuk ospe ary tu. Hahaha.
Bila dalam kelas Paeds, mengingatkan aku pada anak-anak syurga dekat PDK, Gerik
and dekat patients yang pernah aku rawat time pratikal dulu (Pusrawi, HSAH). Banyak
kenangan kalau teringat dekat PDK Gerik tu. Sampai-sampai je situ, dah kena
serang dekat anak-anak syurga ni. Spec kena ambik, nametag dibuat main. Haha,
marah sikit kita dimarahkan balik. Dah lah comel-comel. Yang paling suka,
anak-anak syurga ni dengar cakap, ikut semua yang disuruh. Suruh buat latihan
itu ini. Dalam pengurusan kanak-kanak, kita more to play therapy. So main-main
bola, susun mainan sama-sama. Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu kan. But,
tak tipu serius best wei. Macam nak serbu je PDK kat kampung.
Dalam kelas Geriatric, teringat satu hari ni, mana
dah lah terkejut tidur lewat dari biasa. Pergi kelas macam dalam mimpi je,
lewat 5 minit sikit. Baru je duduk, lect dah mintak student yang clinical dekat
klinik kesihatan datang depan untuk share pengalaman dekat sana. Ya Allah, masa
tu perasaan macam nak menangis hahaha, tapi Alhamdulillah semua nyer smooth je.
Satu kelas gelakkan, harey tol. Hahaha. All is well. At this time, teringat
akan pengalaman pergi clinic visit, home visit, buat program Kospen – bagi talk
pasal physio “bab kata physio sep mu goreng la idea haha”.
Assignment for this sem, cukup mencabar and Alhamdulillah
dapat siapkan sebaiknya. Maka senior yang dicari untuk membantu. Alhamdulilah,
nasib sep-sep ye semua okey and tolong. Thanks senior.
Bila dah banyak kali keluar clinical posting,
banyak ilmu yang akan diperoleh. So ini memudahkan pembelajaran dalam kelas. Contoh,
bila dalam kelas pratikal bila lect ajar cara to do treatment for this patient’s
or this case , menanmbahkan lagi pengetahuan dan betulkan balik apa yang pernah
buat salah time pratikal dulu. Maka akan ada “Oh dah ad belajar and buat dekat
patients dekat tempat pratikal dulu, la la la”. And at this time la,
member-member akan share ilmu yang diorang dapat masa pratikal dulu. Alhamdulillah.
Thanks gais.
Hubungan with classmates semakin rapat. Alhamdulillah.
Ye la dulu, macam tak rapat kan. Akan label geng tu like sombong or whats. Tapi
bila dah keluar clinical sama-sama, tak de la sombong. Ini adalah satu kebaikan
dari clinical posting, dimana merapatkan hubungan antara satu sama lain
(hubungan with other postingmates). Kelas pantang take 5 je mesti akan ada yang
sempat take landing jap (termasuk aku). Lect lambat masuk sikit, or sambil tunggu
lect masuk, pergh punya bising tu wow. Macam-macam yang disembang. Sampai kene
sound banyak kali baru senyap haha.
Yang paling penting, dalam menuntut ilmu ni yang
perlu dijaga hubungan dengan pengajar a.k.a lecturers kena jaga. Yang parents
aku tekankan sangat. Dulu aku dah pernah rasa perangai jahat aku time secondary
school dulu, mana aku tak respect la dekat teacher English aku, no hal la result
PMR and SPM English aku cukup untuk kredit je. Lepas tu, communication in
English giler broken teruk hahaha (slow-slow belajar balik). Serius wei
menyesal doe. Thats why bila dah diberi peluang untuk further study dekat Univ
in Diploma ( buat mereka yang mempertikaikan “ehleh diploma je pun” ), nak jaga
sangat hubungan dengan lects semua. Tak berkat kot ilmu, bila tak respect lects/pengajar.
Insyaallah, aku takkan sakitkan hati lects. Tanpa diorang/lects aku takkan ada
di level ni sekarang. Susah senang lects
ada (time terkapai-kapai kelemasan dalam clinical, ada yang bantu). Jasa pengorbanan
lects, begitu besar. Semoga lects sentiasa diberi kekuatan dalam mengajar kami,
sentiasa dalam lindungan-NYA, sentiasa sihat. Dalam tak sedar paling aku takut, takut ada
sakitkan hati lects. Allahu. Maafkan andainya ada menyakitkan hati lects.
Pejam celik ni, dah nak masuk Semester 6. Diamana ianya
semester terakhir. Dalam tak sedar dah masuk last year (3rd year)
dah dalam study ni. *maka tengok muka housemates a.k.a classmates macam sedih
je pandangan tu kan*
Ini adalah geng aku. Yang sentiasa ada disaat aku jatuh tergolek dalam
study, yang sudi dengar luahan aku, yang sudi dengar bebelan aku yang tak masuk
akal hahaha, yang sudi layan perangai aku yang annoying sometime or maybe. Hahaha. Thanks beb still with me until now. Wei giler
sedih bila fikir dah nak habis belajar. Lepas ni (after sem 6), semua dah bawa
aluan masing-masing. Semoga urusan kita semua, perjuangan kita semua diberkati,
dipermudahkan dan diakhiri dengan KEJAYAAN. Aamin. Dari dulu sampai sekarang orang kenal kita
dengan geng motor, from Meru sampai pindah rumah lain pun still dengan title “geng
motor a.k.a minah rempit” haha. Tapi dah update sikit. Semoga ukhwah persahabatan yang terbina dari
Semester 2 (2014) kekal sampai bila-bila. Sampai kite kerja, tunang, kahwin,
dah ada anak, cucu, cicit, cuit, puit dan sampai ke syurga.
So for the conclusion, korang ambik lah pengajaran dari cerita aku ni. Perangai
negetif aku jangan di ikutkan haha. Okey! Semoga ALLAH S.W.T memudahkan
kehidupan kita, diberi kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang bakal datang,
dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga setiap pengorbanan kita di
akhiri dengan kejayaan. Semoga kita sentiasa bersama dengan orang-orang yang
kita sayang.
Maafkan segala salah silap ok. Nanti aku nak updates satu lagi new entry
pasal “cinta” aku yang entah kemana okey, so stay tune gais. Tak malam ni,
malam esok ke. Thanks sudi baca. Any comment or cadangan boleh comment kat
bawah okey. Muah sikit.
-niknsyaf-
No comments:
Post a Comment