Catatan : Terpenjara Dek Boneka 1.
niknsyaf
April 22, 2017
0 Comments
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
22 April 2017, 12.00 p.m.
“Cinta. Cinta adalah perasaan
yang perlu ada pada setiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun
dari langit. Cinta tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya indah. Cinta mengajar
kita saling menghargai. Cinta yang sejati, cinta yang tidak akan mati. DIRGAHAYU
CINTA.”
Waktu tak mengizinkan pertemuan mereka.
Pertemuan itu hanya sementara sahaja. Siapa mampu untuk semua itu. Sebulan perkenalan antara perempuan ini dan
lelaki itu. Dalam tempoh itu, pertemuan antara mereka tidak banyak, hanya
jarang-jarang. Itupun atas urusan kerja. Tapi bagi perempuan itu, meskipun
hanya tempoh sebulan perkenalan tapi baginya begitu lama sudah perkenalan itu. Lama.
Ingin diceritakan kisah pertemuan mereka, pertemuan yang langsung tak dijangka
sedikit pun. Allah S.W.T yang merancang semua ini. The story start with the
first day pertemuan mereka. Diruang Accident and Emergency (AE) di sebuah pusat
perubatan kerajaan, datang lelaki itu menyapa perempuan ini yang sedang leka
melihat suasana di dalam ruang itu, yang sedang memerhati para perubatan
merawat pesakit yang cedera. Bersandar pada almari yang penuh dengan
ubat-ubatan dan alat-alat lain, branula,picagari, kapas, micropore and else. Datang
lelaki itu memakai jaket hitam kelihatan lambang KKM di jaket tersebut, memakai
mask lalu menyapa perempuan ini, tanpa memberi salam. Perbualan antara mereka
hanya dalam 5 minit atau 7 minit. Pandangan matanya, ALLAHU. Kaku si perempuan
itu terdiam sekejap lalu menjawab segala pertanyaan lelaki itu. Meskipun cuba
menahan rasa kaku dan nervous dengan tenang.
Denyutan jantung begitu laju, maybe 110 bpm? Tapi perempuan itu masih berdebar sedangkan
lelaki itu sudah pergi meninggalkan ruangan AE itu. Ketika itu, si perempuan
itu langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Berkerja sebagai apa di pusat
perubatan itu. Mengapa dia bertanyakan soalan-soalan itu. Lalu bermacam-macam
persoalan bermain di fikiran perempuan itu. Sehinggakan perempuan itu membuat
keputusan untuk bertemu kembali dengan lelaki itu untuk mendapatkan jawapan untuk
segala persoalan dalam fikirannya. Ditakdirkan,
ALLAH permudahkan segalanya. Ketika perjalanan perempuan itu menuju ke ruangan
parking kereta, dalam masa yang sama lelaki tersebut berjalan menuju ke ruangan
yang sama seperti perempuan itu. Masih berpakain yang sama kecuali mask sudah
tiada bersama. Dengan berani dan buang segala perasaan malu ke tepi, perempuan
itu menegur kembali lelaki itu dengan memulakan salam, Assalamualaikum. Itu adalah
pertemuan kedua antara mereka untuk hari tersebut. Lelaki tersebut tetiba tersipu
malu, sambil mengangkat tangan menggosok kepalanya. Tapi perbualan antara
mereka tidak lama, kerana perempuan itu harus menjawab panggilan dari bonda
tercinta.
Meski pertemuan kali kedua itu juga seketika, cukup menjawab segala
pertanyaan soalan-soalan yang bermain difikiran perempuan itu. Mulai hari itu,
perempuan itu mula meminati lelaki itu. Lalu menyimpan segala perasaan terhadap
lelaki itu sendiri tanpa siapa mengetahui nya. Dalam masa yang sama dia cuba
membuang segala perasaan itu tapi tidak, banyak pertemuan kembali dengan lelaki
itu sepanjang berada disitu. Ada kalanya ianya hanya lah gurauan. Tapi perasaan
itu terperangkap dalam diri perempuan itu ibarat “terpenjara dek boneka”. Sehinggalah
suatu hari, semua itu terbongkar , di ketahui oleh rakan-rakan perempuan
itu bahawa selama ini, perempuan itu
menyimpan akan perasaan terhadap lelaki itu. Seorang kenalan pada perempuan ini
meminta agar sebelum tidur , baca doa tidur seperti biasa tapi baca Alfatihah,
selawat dan sebut nama lelaki itu. Apa yang perempuan itu dapat, jawapan nya
melalui mimpi. Perempuan itu melihat lelaki itu dalam mimpinya. Perempuan itu
tidak berharap apa-apa. Jika ada, ada. Tapi tidak bermakna tidak berusaha.
“Do good, and good will
come to you. “
Apa yang menyebakan si perempuan
itu jatuh hati pada lelaki itu? Sehinggakan begitu kuat perasaan itu untuk
dibuang. Apa yang terjadi antara mereka hingga saat ini? Apakah kisah diantara
mereka terkini? Adakah kebahagian milik perempuan itu? Next, akan ada sambungan
antara kisah mereka. Stay tune, for sambungan “Terpenjara Dek Boneka 2”. Thanks
for reading my blog. Any comments or suggestion, please mention in comment box
below okey. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri ini.