Saturday, 22 April 2017

Catatan : Terpenjara Dek Boneka 1.




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

22 April 2017, 12.00 p.m. 

“Cinta. Cinta adalah perasaan yang perlu ada pada setiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit. Cinta tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya indah. Cinta mengajar kita saling menghargai. Cinta yang sejati, cinta yang tidak akan mati. DIRGAHAYU CINTA.”                 

Waktu tak mengizinkan pertemuan mereka. Pertemuan itu hanya sementara sahaja. Siapa mampu untuk semua itu.  Sebulan perkenalan antara perempuan ini dan lelaki itu. Dalam tempoh itu, pertemuan antara mereka tidak banyak, hanya jarang-jarang. Itupun atas urusan kerja. Tapi bagi perempuan itu, meskipun hanya tempoh sebulan perkenalan tapi baginya begitu lama sudah perkenalan itu. Lama. Ingin diceritakan kisah pertemuan mereka, pertemuan yang langsung tak dijangka sedikit pun. Allah S.W.T yang merancang semua ini. The story start with the first day pertemuan mereka. Diruang Accident and Emergency (AE) di sebuah pusat perubatan kerajaan, datang lelaki itu menyapa perempuan ini yang sedang leka melihat suasana di dalam ruang itu, yang sedang memerhati para perubatan merawat pesakit yang cedera. Bersandar pada almari yang penuh dengan ubat-ubatan dan alat-alat lain, branula,picagari, kapas, micropore and else. Datang lelaki itu memakai jaket hitam kelihatan lambang KKM di jaket tersebut, memakai mask lalu menyapa perempuan ini, tanpa memberi salam. Perbualan antara mereka hanya dalam 5 minit atau 7 minit. Pandangan matanya, ALLAHU. Kaku si perempuan itu terdiam sekejap lalu menjawab segala pertanyaan lelaki itu. Meskipun cuba menahan rasa kaku dan nervous dengan tenang.  Denyutan jantung begitu laju, maybe 110 bpm?  Tapi perempuan itu masih berdebar sedangkan lelaki itu sudah pergi meninggalkan ruangan AE itu. Ketika itu, si perempuan itu langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Berkerja sebagai apa di pusat perubatan itu. Mengapa dia bertanyakan soalan-soalan itu. Lalu bermacam-macam persoalan bermain di fikiran perempuan itu. Sehinggakan perempuan itu membuat keputusan untuk bertemu kembali dengan lelaki itu untuk mendapatkan jawapan untuk segala persoalan dalam fikirannya.  Ditakdirkan, ALLAH permudahkan segalanya. Ketika perjalanan perempuan itu menuju ke ruangan parking kereta, dalam masa yang sama lelaki tersebut berjalan menuju ke ruangan yang sama seperti perempuan itu. Masih berpakain yang sama kecuali mask sudah tiada bersama. Dengan berani dan buang segala perasaan malu ke tepi, perempuan itu menegur kembali lelaki itu dengan memulakan salam, Assalamualaikum. Itu adalah pertemuan kedua antara mereka untuk hari tersebut. Lelaki tersebut tetiba tersipu malu, sambil mengangkat tangan menggosok kepalanya. Tapi perbualan antara mereka tidak lama, kerana perempuan itu harus menjawab panggilan dari bonda tercinta. 

Meski pertemuan kali kedua itu juga seketika, cukup menjawab segala pertanyaan soalan-soalan yang bermain difikiran perempuan itu. Mulai hari itu, perempuan itu mula meminati lelaki itu. Lalu menyimpan segala perasaan terhadap lelaki itu sendiri tanpa siapa mengetahui nya. Dalam masa yang sama dia cuba membuang segala perasaan itu tapi tidak, banyak pertemuan kembali dengan lelaki itu sepanjang berada disitu. Ada kalanya ianya hanya lah gurauan. Tapi perasaan itu terperangkap dalam diri perempuan itu ibarat “terpenjara dek boneka”. Sehinggalah suatu hari, semua itu terbongkar , di ketahui oleh rakan-rakan perempuan itu  bahawa selama ini, perempuan itu menyimpan akan perasaan terhadap lelaki itu. Seorang kenalan pada perempuan ini meminta agar sebelum tidur , baca doa tidur seperti biasa tapi baca Alfatihah, selawat dan sebut nama lelaki itu. Apa yang perempuan itu dapat, jawapan nya melalui mimpi. Perempuan itu melihat lelaki itu dalam mimpinya. Perempuan itu tidak berharap apa-apa. Jika ada, ada. Tapi tidak bermakna tidak berusaha.

Do good, and good will come to you.


Apa yang menyebakan si perempuan itu jatuh hati pada lelaki itu? Sehinggakan begitu kuat perasaan itu untuk dibuang. Apa yang terjadi antara mereka hingga saat ini? Apakah kisah diantara mereka terkini? Adakah kebahagian milik perempuan itu? Next, akan ada sambungan antara kisah mereka. Stay tune, for sambungan “Terpenjara Dek Boneka 2”. Thanks for reading my blog. Any comments or suggestion, please mention in comment box below okey. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri ini.

No comments:

Post a Comment