Wednesday, 2 November 2016

Cerpen Gadis 2 : Monolog rindu aku


ِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

Assalamualaikum. Hai!

Pernah tak jatuh hati, eh bukan jatuh cinta. Jatuh cinta ni bagi aku lebih lagi la. Em, pada mulanya aku cuma jatuh hati dekat dia ni tapi lama-lama aku mula jatuh cinta. Ya Allah, maafkan aku.
Kenapa dalam ramai-ramai, Allah gerakkan dan detikkan mata hati aku untuk pandang kau? Mesti ada sebab. Dan kenapa kau? 
  

Menahan rindu ni sakit kan? Lagi-lagi kalau yang menahan rindu itu cuma berpihak pada seorang sahaja. Entah sakit tu macam mana. Kadang-kadang terfikir macam sia-sia je semua tu, tapi itu lumrah hidup. Mudah sangat minat dekat seseorang. Lagi parah kalau bertepuk sebelah tangan je. Tapi percaya dengan takdir. Allah sentiasa ada. Doa itu penting. Andai kau tau semua ni, tak de la perit menahan rasa ini.

Kau, walaupun aku takda. Allah tetap ada dengan kau tau. Jage mate jage hati ye jodohku. Aku akan tunggu kau sampai Allah izinkan untuk bertemu kembali dan andainya ditakdirkan jodoh itu milik kita.
Seseorang yang istimewa bukanlah yang selalu ada di depan mata. Bukan juga yang selalu ada disisi. Tapi dia yang selalu setia di hati kita . Aku tahu, aku bukan siapa² bagi kau. Dan aku tahu aku tidak bermakna dalam hidup kau. Tapi aku akan cuba untuk sentiasa jadi yang terbaik untuk kau seandainya diberi peluang itu. Dan aku takkan pernah sia-siakan semua ini. Tapi yang aku tahu dan aku ingin kau tahu, aku tulus dalam mencintai  kau.

Sometimes, someone tuh single adalah sebab mereka tengah menunggu someone yang special, yang ingin ada hubungan yang kekal, bukan sementara. Ya, ada orang cakap bila relationship dalam umur 20 tahun ni, relationship yang serius, yang dimana dia dah start fikir masa depan. Bukan relationship like ‘cinta monyet’. Betul ke?

Ramai yang minta untuk aku mulakan dulu, tapi aku takut. Takut akan segala jawapan dari kau. Aku takut pedih sahaja. But aku perlu terima and get ready akan apa-apa jua jawapan. And started to move on. Ada juga yang cakap dah lah, please move on la bagai. nanti ramai lagi yang kau akan jumpa. Cakap senang beb! Kau bukan dekat tempat aku. Aku yang tanggung semua ni.


Assalamualaikum, hai. Emm lama tak dengar khabar dari kau. Kau sihat tak? Semoga kau sentiasa dalam lindungan-Nya. Give me a few minutes. Izinkan aku untuk meluahkan sesuatu and I hope you okey ye. Yang aku ingin sekali khabarkan dekat kau yang sebenarnya aku dah lama suka kan kau. Aku seringkali lihat kau dari jauh dan kau nak tahu yang aku seringkali cuba stalk kau dekat medial social you know but ianya ERROR haha aku tak Berjaya wei. Susahnya nak detect kau wei haha. Aku harap kau Nampak aku. Eh aku la, manusia yang sering tenung kau dari jauh tu, manusia yang sering duduk disebelah kau kat kedai Mama Americano tu (ala 2 kali je kot haha). Manusia yang sering jadi bahan gurau senda selama aku berada disana. Sebenarnya kan, aku dah lama suka dekat kau. Tapi kadang aku terfikir siapalah aku. Aku ni bukan lah istimewa. Aku hanyalah manusia biasa. Aku tak berani nka beritahu kau yang aku minat dekat kau. Aku harapkan kau mulakan dulu. Bodohkan! Eh bukan kau, aku yang bodoh. Angan-angan tak sudah.  TAPI mungkin akan jadi persoalan kenapa aku minat dekat kau, kenapa aku cintakan kau kan? Sebabnya, kau berbeza dari yang lain. Eh bukan kerna akan apa yang kau miliki ok. Aku bukan la perempuan yang pandang pada harta. Apa yang aku Nampak kau seorang yang optimis, positif and tegas. Hok penting, cirri-ciri yang aku cari ada pada kau la. Mostly, kau bukan seorang perokok. And kau pernah tegur seseorang pasal rokok i mean asap rokok tu. How sweet u ni. TAPI apa yang paling aku inginkan dan pertama adalah aku inginkan jawapan dari kau mengenai status kau. Ye la umur aku dengan kau jauh berbeza and umur macam kau, maybe dah ada someone and maybe dah bertunang. So aku nak tahu dulu la status kau. Kau dah ada someone special ke?? Kau dah bertunang ke?? Entah kau dah nak kawen ke?? Hahaha. Sebab apa aku nak tahu yang tu dulu, aku tak nak  ganggu hak orang lain, aku tak nak rampas kebahagian orang lain.  Sekiranya, kau sudah berpunya, aku mohon maaf ye ganggu kau. Aku takkan ganggu kau, but kita still boleh kawan kan? Kenduri jangan lupa jemput tau. Huhu. IF sebaliknya, aku akan tunggu dengan sabar dan sentiasa positif. Sabar tu manis hasilnya nanti. Izinkan aku usya kau dalam diam, aku usaha dalam diam iatu doa. Aku tawakal pada Allah. Aku harap dapat jumpa kau lagi satu hari nanti. Kau jangan risau aku akan terima segala jawapan dari kau dengan hati yang terbuka. Insyaallah aku kuat. And last, senyum as always. Take care. Semoga kau sentiasa dalam lindungan-NYA. Semoga impian kau nak further study tercapai ye. Assalamualaikum.   ’’
*SEANDAINYA DIA TAHU, AKU BERSYUKUR. SEMOGA ALLAH JAGA PERASAAN INI. AAMIN...




No comments:

Post a Comment