Wednesday, 3 January 2018

Catatan : Sayonara 2017



Bismillahhirohmanirohim.

365 hari pada tahun 2017 telah pun berlalu. Sungguh cepat, dalam sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Bila dah nak masuk awal tahun, people will be like “Azam kau tahun ni ape? Azam kau tahunlepas ok tak? Tercapai tak?” Thats the normal think right? All people ada azam yang tersendiri.

So azam aku tahun 2017, Alhamdulillah ada antaranya tercapai. Syukur pada ALLAH S.W.T. Ada jugak yang tak tercapai dan ada yang separuh jalan je ( hahaha ).


  • January/Febuary. Alhamdulillah sepanjang perjuangan bergelar student in Diploma Physiotherapy dapat DEANS LIST untuk semester 5. Alhamdulillah!!! Benda yang memang tak sangka.
  • July. Lulus dalam Pro-Exam for Physio. Alhamdulillah. Antara exam yang duk ketaq giler.
  • July. Alhamdulillah i finished my studies muahh kit. Jatuh bangun 3 tahun, akhirnya.
  •  August. After come back from Ipoh, in 2 weeks macam tu rest kat rumah aku pergi satu interview kerja and Alhamdulillah, i go a job. As a PHYSIOTHERAPIST 
  •  October. Alhamdulillah finally I’m graduated from Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak. Officially, I’m Physiotherapist and alumni of UniKL’S 
  •  October. Alhamdulillah, i have a car. Even AXIA SE je pun, tu la membantu aku pergi kerja. ( deposit semua mak ayah aku bayar, so every month payment aku bayar ).


365 hari berlalu untuk 2017. Bermacam ragam manusia yang aku kenal. Ada yang dating beri senyuman, kebahagian, semangat. Malah ada yang dating, member kesedihan, kecewa, marah. Nama pun, kehidupan. Tapi untuk tahun ni, aku belum dapat takluk hati Si Dia.

Antara satu masalah jugak, susah sangat untuk aku nak move on daripada Si Dia tu. Nak marah tu memang ade, tapi bukan hak aku kan. So kenapa aku nak provoke kemarahan aku terhadap si dia, bukan aku dapat apa-apa faedah pun. Apa yang aku lakukan sekarang, aku cuba buang jauh-jauh fikiran aku untuk teringat si dia. Tapi sometimes, aku tewas jugak maka keluar ayaq mata nie. Hahaha. Tapi cuba lagi lawan, meski hati kata jangan. Teruskan lawan. Dalam tempoh perkenalan aku dengan si dia, entah kenapa hati aku sering cakap positif je pasal si dia walha orang lain sebaliknya. Apa yang aku fikir sekarang, stop thinking about falling in love with someone. Kalau jodoh tak kemana rights? Insyaallah. ALLAH S.W.T tu maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui segalanya.

SAYONARA 2017. Kita tutup buku 2017, sebagai kenangan, pedoman, pengajaran untuk kita. Semoga tahun 2018, lebih bermakna, lebih Berjaya, murah rezeki, semooga iman makin tinggi, kita kumpul pahala yang banyak. Semoga ALLAH S.W.T permudahkan segalanya.

Apa azam aku untuk 2018? Semoga azam tahun 2017 dan tahun lepas-lepas ) dapat dipenuhi pada tahun 2018. Iman makin up, pahala makin up, kurang buat dosa, banyakkan buat ibadah sunat danpenuhi yang wajib, saving for umrah, travel with friends, gadget baru. Continue study maybe. 

Kalau ada orang masuk merisik????

Semoga impian aku dan korang semua tercapai. Stay thinking positive. Nak buat something, fikir masak-masak.

Alhamdulillah untuk 2017 dan Bismillah untuk 2018.

BYE.

No comments:

Post a Comment