بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
Assalamualaikum.
“
Happy
birthday to me, Allah selamatkan kamu and tiup lilinya. Happy birthday
to myself yang ke 21 tahun. “
Tarikh 25 Febuary 1996, seorang puteri telah dilahirkan di Hospital Kemaman
pada pukul 2pagi (macam tu lah). Puteri itu
dilahirkan oleh seorang wanita yang begitu kuat. Wanita itu ialah seorang “Ibu”.
Yang sebelum ini kesana kesini membawa perut yang makin membesar selama 9 bulan
10 hari. Tanpa merintih penat sedikit pun. Menahan kesakitan di dalam bilik
lobor room. Kesakitan itu hanya beliau sahaja yang merasakan. Antara sakit yang
amat sakit, bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Ditemani oleh nurse-nurse
dan doctor. Seorang lelaki yang dipanggil “ayah” begitu resah menanti saat
bahagia di luar labor room itu. Disaat kegelisahan, ketakutan menguasai diri
ibu dan ayah, saat yang dinanti-nanti akhirnya. Alhamdulillah, puteri pertama
dalam keluarga itu selamat dilahirkan. Kedengaran suara si anak kecil menangis
di dalam labor room. Dan puteri itu diberikan nama Nik
Nur Syafiqah.
Nik, Along, Kakak, Syafiqah, Syaf |
Alhamdulillah,
pada tanggal 25 Febuary 2017, aku telah pun berusia 21 tahun. Pejam celik pejam
celik, dah 21 tahun aku. Allahu sekejap je. Tak sangka dah umur 21 rupenyer. Rasa
macam semalam je habis SPM, rasa macam semalam je daftar masuk study dekat
UniKL ni.
Firstly,
terima kasih mama, telah lahirkan saya di dunia ini, besarkan saya. Terima kasih
kepada lelaki pertama dalam hidupku iaitu, abah. Telah bersusah payah mencari
rezeki selama ini, melindungi diri ini, membesarkan diri ini. Pengorbanan mereka
cukup besar. Bersusah payah demi membesarkan anak-anaknya. Redah hujan panas
mentari. Sakit penat lelah selama ini. Perit
kesakitan ditempuhi dalam diam. Tanpa berkat doa, susah payah mama dan abah,
aku takkan ada sampai ditahap ini.
Second,
thank you to all my friends untuk ucapan-ucapan birthday hari tu. Dan tak lupa
juga untuk suprise-suprise. You all made my day so wonderful. Tak pernah dapat
suprise macam ni. Terharu hakak tau. Terima kasih masih bersama dengan aku saat
susah senang aku. Layang perangai annoying aki yang teruk giler. Sanggup dengar
ritihan aku saat aku stress giler. Sanggup dengar cerita karut aku bagai. Thanks
wei.Terima
kasih untuk semua doa. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan-Nya.
Semoga
aku terus kuat untuk menjalani kehidupan yang makin tercabar. Semoga aku sentiasa bersama-sama dengan
orang-orang yang aku sayang ( including mung yang jauh nun disana hahaha), berfikiran
lebih matang,semoga jangan mudah untuk
kecewa dalam hidup. Especially, jangan mudah kecewa dengan hati dan perasaan.
Insyaallah
tahun ni akan habis study diploma, doakan ye semoga aku lulus dengan jaya untuk
last semester ni. And grad on time. (nervous juga dah last sem ni, kene focus 100%
no main-main dah)
Salam
dari jauh, di Alor Setar, Kedah |4 March 2017 | Sabtu.
P/S : Any comment or cadangan boleh comment kat
bawah okey. Stay
calm, positive, strong!
No comments:
Post a Comment