بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
Assalamualaikum.
Ego?
Bapak tinggi kau punyer ego. Adakah aku yang ego sekarang ni? Atau kau? Atau mungkin
kita sama-sama ego yang tinggi. Aku tak kenal kau dengan lebih lama dengan
lebih rapat, dan tak mungkin untuk aku katakana kau ego. Kenal hanya sebulan
selepas itu aku diam dan kau lagilah terus diam.
Okey
before cerita dengan lebih panjang, apa itu dimaksudkan dengan ego. Persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya
mempengaruhi keyakinan dirinya / sifat-sifat seseorang sbg individu
(kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. / perasaan mementingkan
diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain..
( p/s : sumber from google okey )
Ego,
perempuan or lelaki. Yang mana mempunyai ego yang lebih tinggi? Kadang aku
fikir dua-dua mempunyai ego yang tinggi. Bezanya Cuma cara kita sendiri dalam
mengawal keegoaan itu sendiri. Seringkali ego ini manusia kaitkan dalam
perhubungan percintaan. Betul ke? Aku setuju dengan pandangan segelintir
manusia itu. Bila ego bertemu ego apa jadinya? Aku merasakan ibarat api bertemu
api, so bukan ke bertambah marak apinya nanti.
Jujur
untuk aku katakan, YES aku memang ego. Ego dengan pendirian aku. Ego akan
perasaan aku. Sehinggakan sanggup biarkan hati dan jiwa ini terus terseksa dek
kerana perasaan cinta. Ada yang mengatakan aku ini ego. Biarlah ego itu ada. Daripada
aku buang ego itu, nanti aku yang terima padahnya.
Dek
kerana ego itu, aku sanggup untuk terus menunggu dia. Aku kena bersedia akan
apa yang bakal terjadi suatu hari nanti. Mana tau dia sudah berpunya kekasih hati,
mana tahu dia bakal bertunang entah-entah bakal berkahwin. Ya, aku hanya
manusia dimana aku hanya mampu untuk merancang walhal Allah S.W.T telah
tentukan segalanya. Sama ada ianya awal atau lambat sahaja.
Ada
diantara rakan-rakan yang sering memberi kata-kata semangat tentang hal itu. Terima
kasih. Tapi jika keberanian tiada dalam diri, tidak akan. Hah, Alhamdulillah kau
disana sihat-sihat sahaja. Syukur. Siap main gitar lagi. Ok, bila awak nak
mainkan gitar lalu nyanyikan sebuah lagu untuk saya? (abaikan pickupline yang
tidak menjadi tu). Itupun aku dapat tahu dari kawan kau.
Sehingga
sekarang aku merasa bodoh. Bodoh kerana meminati kau. Dari hari pertama ake
kenal kau, aku dah mula minat kau. Tapi ya, aku malas nak memanjakan perasaan
hati aku ini. Now, looks. Ego right!
Seringkali
aku berangan yang aku harap-harap sangat kau muncul depan aku. Tapi itu Cuma hanyalah
angan-angan. Yang tidak akan terlaksana. Tapi aku takkan pernah putus asa untuk
terus berangan, dan sering aku katakan “mana tahu tercapai semua itu, suatu
hari nanti”.
Sehingga
sekarang aku cuba untuk lupakan kau, tapi tidak mampu bro. Tak mampu. 4 months
yang lepas aku contact kau and untuk sekarang tak akan. Sebab aku cuba untuk
jaga perasaan, maruah kawan-kawan kau, kawan-kawan aku dan family. Dan aku katakan,
aku akan terus menunggu kau. Insya-Allah.
Salam
dari jauh, di Alor Setar, Kedah | 5 March 2017 | Ahad
P/S : Any
comment or cadangan boleh comment kat bawah okey. Stay calm, positive, strong!
No comments:
Post a Comment